Friday 31 August 2012

SAMBUTAN KEMERDEKAAN



Salam 1 Malaysia.. Salam Kemerdekaan..


MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!


Sejauh mana kita merdeka?
Merdekakah diri kita?
Merdekakah hati kita?
Selesai sudahkan perjuangan kita?

~  Masih terlalu sukar untuk Kak Yus menjawab persoalan itu... hehehe.. **complicated jugak hidup ni ye..**


Sebenarnya, entry Kak Yus kali ni bukanlah nak bercerita pasal semangat patriotik atau pun mengutarakan persoalan apa itu kemerdekaan pun.. hehehe.. sekadar nak berkongsi aktiviti anak-anak untuk hari merdeka ini.  Apa pengisian mereka.. apa pengertian mereka.

Rata-rata kat kawasan rumah Kak Yus ni.. Jalur Gemilang sudah pun berkibar megah.. tapi kat rumah Kak Yus tak de ye.  Bukan tak berminat nak kibarkan, tapi memang serius terlupa terus mengenai tu.  Hish, betapa tak patriotiknya ahli rumah ni.

Okey, ni cerita semalam.  Anak dara kecil Kak Yus, si Aysha Safiyyah yang sedang belajar di Pra Sekolah telah menyertai aktiviti Hari 1 Malaysia yang diadakan di peringkat sekolah.  Hmmm.. kelas Aysha dikehendaki membuat persembahan Pakaian Beragam -- tema:  pakaian tradisi.  Di samping memperagakan pakaian, mereka juga membuat persembahan nyanyian (okeh..lebih kepada miming ajelah ye.. hehehee)..

Nak tengok apa Aysha pakai.. taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


Inilah Aysha.. dalam Punjabi Sutnya.. heh..muka ketat je kan.. dia kalau bab-bab gini memang dia tak suka. Pada awalnya Kak Yus nak pakaikan dia Saree (macam Bella dulu) tapi awal-awal dia dah reject.  Memang dia tak minat pakai yang remeh-remeh.  Even, tudung atas kepala pun kejap je boleh bertahan.. Hmm.. nak tengok Bella masa pakai Saree?  Ini masa umur sama dengan Aysha dulu..

(Bella)








(Ini Iman Yasmine dengan geng-geng dia.. persembahan nyanyian merdeka juga...)









Hmmmm... semalam Kak Yus terpaksalah jadi camerawoman.. dok rakam gambar anak-anak kecil ni.. tapi syok juga.  Hati tu sangat-sangat tersentuh apabila nyanyian demi nyanyian dan kibaran Jalur Gemilang tak henti-henti .. 

Okey.. kalau berminat nak tengok persembahan nyanyian anak-anak ni boleh klik kat sini ye ..



SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN, JIWA MERDEKA dan SELAMAT HARI LAHIR untuk mereka yang menyambutnya hari ini ye...


~ Sekadar Luahan Rasa ~
Kak Yus.

Sebuah Pemergian, Sebuah Kepiluan...



Salam 1 Malaysia..  

Dah lama sungguh Kak Yus tak menggodek-godek dan menitipkan cerita di blog ni. Semak samun dan sawang2 dah hampir nak penuh segala.. heheheheee *tetiba teringin nak wat cam Ayumi lak..


Kak Yus nak mulakan dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang menyambut hari lebaran ini, semoga anda semua gembira menyambutnya bersama keluarga.  Tahun ni Kak Yus hanya berhari raya di KL sahaja bersama ibu dan adik Kak Yus serta saudara mara yang berada di sini.  InsyaAllah, Raya Haji nanti akan pulang ke kampung beraya bersama keluarga mertua pula.  

Terlanjur tu, Kak Yus nak menyusun jari nan sepuluh ni memohon ampun dan maaf andai ada:

~ terlanjur kata-kata dalam berbicara
~ terkasar bahasa dalam tutur dan ayat yang tertulis
~ terlajak jari jemari menyusun ayat
~ terlebih kata sehingga mengguris hati
~ terover dalam bersahabat

Menyedari diri yang serba kekurangan, rasanya perlulah kemaafan itu dipohon.

Alhamdulillah, Kak Yus bersyukur sangat kerana diberi peluang pada raya kali ini untuk memohon maaf yang sangat bermakna daripada arwah ayah saudara Kak Yus yang baru sahaja pergi meninggalkan kami.  Mungkin selama ini perhubungan kami kurang erat dek fahaman dan prinsip yang berbeza menurut mata dan hati kami, tapi tali persaudaraan itu tak pernah renggang.  Arwah merupakan suami kepada ibu saudara Kak Yus, iaitu adik kepada emak Kak Yus yang menetap di Puncak Alam.  Ketika Kak Yus menetap di Puncak Alam suatu ketika dahulu, rumah merekalah menjadi tempat persinggahan Kak Yus.  Merekalah yang menjadi mata dan telinga serta tempat Kak Yus mengadu.  Malah, anak-anak arwah (sepupu Kak Yus) sangat-sangat rapat dengan Kak Yus.  Mereka bagaikan adik kandung Kak Yus sendiri.  Sedari kecil kami dibesarkan bersama-sama, malah ada di antara mereka yang pernahlah Kak Yus jaga masa baby.  

Arwah meninggalkan kami pada pagi Sabtu 25 Ogos 2012 yang lalu, iaitu pada pagi raya ketujuh setelah mengadu sesak nafas pada malam sebelumnya.  Menurut adik-adik Kak Yus, arwah sempat membawa mereka keluar makan pada malam itu.  Arwah teringin nak makan mee kari, tapi tak kesampaian.  Sebaliknya arwah dapat makan KFC sahaja.  Itulah KFC terakhir arwah, itulah makan malam arwah bersama-sama anak-anak rupanya.

Sebenarnyakan, kunjungan raya beliau pada raya pertama ke rumah mak Kak Yus, memang sudah terasa kelainannya tapi iyelah.. siapa yang nak jangkakan semuanya.  Arwah yang agak sukar untuk bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling, tampil dengan sikap yang jauh berbeza.  Paling Kak Yus tak lupa, arwah makan rendang ayam minang Kak Yus dengan penuh berselera sehinggakan keesokkannya, Kak Yus masakkan sekali lagi rendang tu untuk dibawa bersama ketika Kak Yus berkunjung ke rumah arwah pada raya kedua.  Di sana sekali lagi, Kak Yus telah terasa kelainannnya sehinggakan sewaktu pulang ke rumah, Kak Yus sempat berbual mengenainya bersama mak Kak Yus.  Mana tidaknya, arwah beria-ia menyuruh kami merasa sejenis manisan yang dibuat daripada susu dan gula (selalunya ia dibuat oleh masyarakat Sikh).. sedangkan, ia amat berlainan dengan sikap beliau.  Even, masa hendak balik pun, arwah yang menghulurkan tangannya dahulu dan memohon maaf (salam beraya) dan kali ini Kak Yus memang betul-betul memohon maaf.  Tahu ajelah kan.. mulut laser Kak Yus ni, kadang-kadang kalau nak sound tepek tu.. tak kira.

Pagi raya ketujuh tu, terkejut Kak Yus menerima panggilan daripada mak dan ibu saudara yang memaklumkan berita pemergian arwah.  Terus Kak Yus dan mak memecut ke Hospital Sg Buluh untuk menemankan ibu saudara dan adik-adik yang sedang berduka.  MasyaAllah, memang sangat patah hati melihatkan wajah adik-adik Kak Yus tu seorang demi seorang.  Air mata terus laju je menuruni pipi apabila memeluk adik yang bongsu, Aiman, yang nampak sangat kesedihannnya saat itu.  Besar dugaan Allah kepada Aiman, kerana dlm tempoh dua minggu lagi dia akan mengambil peperiksaan UPSR.  Kak Yus percaya, pemergian arwah ini sedikit sebanyak memberi impak kepada Aiman.  Sehingga jam 12 tgh hari, Kak Yus menemani mereka sehinggalah urusan mandi dan kafankan jenazah selesai.  Tengah hari itu, Kak Yus pecut tak hengat pulang ke rumah untuk mengambil anak-anak dan suami.  Sehinggalah lewat malam, kami berada di Puncak Alam, berkongsi kesedihan adik-adik Kak Yus ini.

Apa yang Kak Yus dapat katakan untuk mengurangkan kesedihan mereka selain daripada bersabar dan redha kerana setiap yang hidup pasti akan melaluinya.  Yang membezakan kita hanyalah dua alam.. Paling sedih, apabila seorang adik yang menetap di Sweeden tidak sempat pulang.  Kak Yus percaya, adik Kak Yus itu sedang berduka di saat ini.  

Di sini, Kak Yus tepekkan beberapa keping gambar di sekitar waktu pengkebumian arwah.  





Ini pula .. pada pagi raya ke2 .. pusara arwah dikunjungi oleh x-bos arwah.. Datuk Wan Nik dan keluarga.




Di kesempatan ini Kak Yus ingin memohon bebanyak maaf bagi pihak arwah terhadap sesiapa sahaja yang mungkin mengenali arwah yang membaca entry Kak Yus ni.  Mungkin sebagai manusia, arwah tidak lepa daripada melakukan kesilapan, namun Kak Yus percaya .. arwah merupakan insan yang baik hatinya.  Jika ada arwah terhutang apa-apa, sila inform keluarga beliau.  Pohon Kak Yus, sudi-sudilah sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah bapa saudara Kak Yus dan doakan moga roh arwah dimasukkan ke dalam golong mereka yang disayangiNya.


~ Sekadar Meluahkan Rasa ~
Kak Yus.

Template by:

Free Blog Templates