Friday, 31 August 2012

SAMBUTAN KEMERDEKAAN



Salam 1 Malaysia.. Salam Kemerdekaan..


MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!


Sejauh mana kita merdeka?
Merdekakah diri kita?
Merdekakah hati kita?
Selesai sudahkan perjuangan kita?

~  Masih terlalu sukar untuk Kak Yus menjawab persoalan itu... hehehe.. **complicated jugak hidup ni ye..**


Sebenarnya, entry Kak Yus kali ni bukanlah nak bercerita pasal semangat patriotik atau pun mengutarakan persoalan apa itu kemerdekaan pun.. hehehe.. sekadar nak berkongsi aktiviti anak-anak untuk hari merdeka ini.  Apa pengisian mereka.. apa pengertian mereka.

Rata-rata kat kawasan rumah Kak Yus ni.. Jalur Gemilang sudah pun berkibar megah.. tapi kat rumah Kak Yus tak de ye.  Bukan tak berminat nak kibarkan, tapi memang serius terlupa terus mengenai tu.  Hish, betapa tak patriotiknya ahli rumah ni.

Okey, ni cerita semalam.  Anak dara kecil Kak Yus, si Aysha Safiyyah yang sedang belajar di Pra Sekolah telah menyertai aktiviti Hari 1 Malaysia yang diadakan di peringkat sekolah.  Hmmm.. kelas Aysha dikehendaki membuat persembahan Pakaian Beragam -- tema:  pakaian tradisi.  Di samping memperagakan pakaian, mereka juga membuat persembahan nyanyian (okeh..lebih kepada miming ajelah ye.. hehehee)..

Nak tengok apa Aysha pakai.. taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


Inilah Aysha.. dalam Punjabi Sutnya.. heh..muka ketat je kan.. dia kalau bab-bab gini memang dia tak suka. Pada awalnya Kak Yus nak pakaikan dia Saree (macam Bella dulu) tapi awal-awal dia dah reject.  Memang dia tak minat pakai yang remeh-remeh.  Even, tudung atas kepala pun kejap je boleh bertahan.. Hmm.. nak tengok Bella masa pakai Saree?  Ini masa umur sama dengan Aysha dulu..

(Bella)








(Ini Iman Yasmine dengan geng-geng dia.. persembahan nyanyian merdeka juga...)









Hmmmm... semalam Kak Yus terpaksalah jadi camerawoman.. dok rakam gambar anak-anak kecil ni.. tapi syok juga.  Hati tu sangat-sangat tersentuh apabila nyanyian demi nyanyian dan kibaran Jalur Gemilang tak henti-henti .. 

Okey.. kalau berminat nak tengok persembahan nyanyian anak-anak ni boleh klik kat sini ye ..



SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN, JIWA MERDEKA dan SELAMAT HARI LAHIR untuk mereka yang menyambutnya hari ini ye...


~ Sekadar Luahan Rasa ~
Kak Yus.

3 comments:

S.Kausari said...

Wah, semangat sungguh ibu dan anak-anaknya, ya... :)

Tetamu Istimewa said...

Wah, meriahnya kak. Warna-warni lagi. Biasalah sekolah kebangsaan kan.

Yusnida Tajudin said...

S. Kausari .. hehehe.. ibu diorang yang terlebih semangat..

Tetamu Istimewa.. itulah, mmg seronok dpt menyertai mereka, teringat zaman sekolah dulu2.. esp bila tengok parade di dataran merdeka semalam, teringat satu ketika dulu akak pun pernah menyertainya bersama rakan2 sekolah..

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates