Saturday, 15 December 2012

CELOTEH KAK YUS MALAM HARI..



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam ni rasa macam nak meluahkan sesuatu kat sini..  berkongsi rasa dan cerita dengan semua yang sudi lepak-lepak di blog Kak Yus yang tak seberapa ni.

Mulanya nak bercerita sedikit tentang perjalanan Bella dalam mencapai cita-citanya...huh, anak dara Kak Yus seorang tu, bukan main lagi... sejak cuti sekolah ni siang malam kerjanya dok mengadap lappy.  Facebook siang malam, korean la, hindi la.. hishhh.. sampai penat mulut ni, jangan kata berbuih-buih dah nak kembang bibir membebel. *__<

Sudahnya, Kak Yus biarkan ajelah.. yang penting perkara yang fardhu tidak ditinggalkan.  Iyalah, faham juga kan perasaan bila dah setahun stress nak memikul amanah mendapatkan result yang baik bagi empat belas mata pelajaran tu.. 

Okey.. sepanjang bulan Disember ni, dah tiga interview yang Bella pergi.. interview pertama adalah di SMISTA (Sains Tahfiz KL) pada 1 Disember 2012.  Interview yang diadakan di SMA Maiwp itu lebih kepada ujian bertulis (Saringan Pertama).  Alhamdulillah.. dua lagi sahabat Bella turut mendapat panggilan dan memang seronok sungguh anak-anak gadis bertiga ni bila dapat bertemu semula.  Ramai juga yang hadir, khabarnya dalam dua ratus enam puluh lebih orang juga.


(inilah wajah-wajah kesayangan Kak Yus tu.. )


Waktu pulang.. kedua-dua sahabat Bella, Khairun Dayana dan Nurul Jannah telah mengikut Kak Yus yang memang telah plan untuk ke Pejabat Kaki Novel pada hari itu.  Kebetulannya, hari itu juga merupakan hari Singning oleh penulis Hatiku Milikmu dan Gurauan Berkasih iaitu Eliza AB dan seorang lagi penulis Rin Ahmad, Untuk Semua Dosaku.  Bukan main seronok dan teruja lagi anak-anak gadis yang bersama Kak Yus ni apabila dikhabarkan akan bertemu dengan penulis.  First time la kiranya kan.. tapi frust sungguh.. disebabkan MRR2 yang sesak, kami sampai lewat ke KN.  Hampir jam 2.45pm, dan semua orang telah pulang.  Nasib baiklah Ayumi Syafiqah, Eliza AB dan Wan Suraya sudi menunggu Kak Yus di Wangsa Walk.  Dapat jugalah anak-anak gadis Kak Yus ni bertemu dengan novelis.


(Wan Suraya, Khairun, Eliza AB, Bella, Jannah, Iman, Ayumi Syafiqah --from left)


Interview kedua, masih lagi untuk SMISTA dan diadakan di SMISTA sendiri.  Kali ini mereka dikehendaki menghafal satu muka surat Surah daripada Al-Quran (dipilih secara spontan oleh pihak SMISTA).  Mereka diberi masa satu jam untuk menghafaz.  Selain daripada hafazan, mereka juga ditanya dengan soalan-soalan pengetahuan Am.  Alhamdulillah, untuk saringan kedua ini, ketiga-tiga anak gadis itu sekali lagi bertemu. Soalan agak mencabar tapi mereka tetap menjawab dengan tenang.

Kali ketiga, interview diadakan pada 10 Disember 2012 di SMA Maiwp.  Kali ini interview adalah untuk Sekolah-Sekolah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (under SBP).. iaitu untuk pengambilan ke SMA Maiwp dan SMA KL.  Yang hadir kali ini seramai enam ratus orang lebih dan khabarnya pengambilan hanya 100 orang untuk setiap sekolah.  Saingan yang sangat besar.


(Khairun, Athirah, Bella)


Bella juga seharusnya menghadiri interview MRSM Ulul Albab pada 12 Disember 2012 di Gemencheh tapi tidak hadir untuk sessi itu.  Keputusan itu dibuat sendiri oleh Bella.  Sebagai ibu, terasa juga ralat kerana dia menolak peluang tetapi apabila Kak Yus berfikir secara rasional, Kak Yus ambil keputusan Bella itu sebagai yang terbaik untuk dirinya.  Kadang-kadang kita perlu juga ambil kira perasaan n fikiran anak-anak walau pun apa yang kita buat untuk kebaikan masa depan mereka.  Kena ada win-win situation.

Sekarang ni.. actually malam ni.. sedang berdebar-debar kerana sekejap lagi nak usyar di laman web moe.gov tu apakah Bella layak mendapat tempat di salah sebuah SBP.  Hmmm... beginilah perasaan seorang ibu, tak henti-henti berfikir untuk anak-anak.

Dalam sibuk menguruskan Bella, adik-adiknya tetap tidak ketinggalan.  Mungkin cuti sekolah kali ini peluang untuk berjalan-jalan tidak ada, namun aktiviti di rumah tetap banyak.  

Oleh kerana Bella membatalkan niatnya ke Gemencheh, Kak Yus dan suami membuat retour ke Melaka.  Mungkin kerana niat asal yang terpesong.. niat ke Melaka juga terpaksa dibatalkan... hehehe... tersangkut kami di tengah hiway selepas tol Senawang pada hari tersebut.  Oh..Naza Ria Kak Yus yang tersayang tu wat hal lagi.. mogok di tengah jalan.  Sudahnya.. sempatlah kami di 'towing' ke bandar Senawang.  Pengalaman pertama Kak Yus naik kereta towing tau.. huiiii... seram.

(Ini gambar pemandangan drp dlm kereta ketika di towing ke bengkel di Senawang)


(Ini pula ketika enjin kereta cuba dileraikan satu persatu... huh.. tak sempat habis ye..nyaris tertipu)


Apabila kerosakan tak dapat ditangani, sekali lagi Naza Kak Yus di'towing' pulang ke KL.  Keterujaan anak-anak untuk berjalan di Melaka padam dan lenyap begitu sahaja.  Hampir jam 12 malam kami selamat sampai ke KL dan terima kasih untuk adik ipar Kak Yus yang sudi mengambil kami di Tol Senawang.

Untuk mengurangkan rasa kecewa anak-anak, keesokkannya suami dan Kak Yus bawa mereka ke Kidzania..seharian di sana.  Oleh kerana tiket utk sesi pagi dah habis, kenalah kami menunggu untuk sesi  petang.  Sementara tu jenjalanlah di The Curve, lepak-lepak makan aiskrim dan pizza kejap..sempat juga layan karaoke satu jam dengan anak-anak--bagi peluang ayah diorang dan Aysha Safiyyah lepas perasaan.  Di Kidzania tu, anak-anak memanglah seronok tapi ibu dan ayah mereka.. huh... bosan sungguh tak ada aktiviti.  Sampai melecet-lecet kaki Kak Yus bahana sandal baru (hehehe.. sempat lagi tau shopping di Jusco Mid Valley sebelum ke Melaka tu.. ).  Lain kali kalau ke sana lagi, kitorang akan lepak di upper floor yang ada Privillege Room untuk parents tu.. tak perasan sebenarnya ada bilik tu, dah nak balik baru nampak.  Kat situ ada banyak kemudahan, cafe, ruang rehat dan internet.. fuh.. tak de la bosan sangat kan.


(sempat posing kat the Curve...)



(first mission ...jadi poslaju guys... Bella, Iman dan Aysha..hehehe)



(Adib dengan gaya fire fighternya.. hehehe panjat tp separuh jalan je.. gayat mamat tu)


 (satu lagi bakat yang dapat kak yus cungkil ada dalam anak-anak kak yus..good artists)




(nak test rasa dok dalam cell...meh la cuba)




Okey.. sekarang Kak Yus nak menyambung debaran di hati dengan mengusyar laman web moe tu.. jom..

Sehingga kita berjumpa lagi dalam celoteh yang lain ye...

Salam sayang..
Kak Yus
Sekadar Meluahkan Rasa..

Monday, 19 November 2012

HARTA YG TERISTIMEWA.. KEBANGGAAN IBU & AYAH




Salam buat semua kesayangan Kak Yus..

Walah, lama sungguh tak mencoret kata-kata di laman ni, teramat sibuk dengan aktiviti anak-anak, diri sendiri dan entah apa-apa lagi.  Lebih banyak menyibuk pun iya, sehingga aktiviti menulis semakin merosot.. In Sha Allah, semoga cuti sekolah ni akan siaplah sekurang-kurangnya satu manuskrip ye.. :)

Kali ni Kak Yus nak berceloteh tentang anak-anak, HARTA TERISTIMEWA, sebuah kurniaan yang tak ternilai.. nak dapatkan seorang pun punyalah azab menanggung sembilan bulan.. hehehe..

Tahun ni, anak sulung Kak Yus, Nur Salsabilla Firdaus bt Muhamad Tajudin telah menduduki UPSR dan banyak masa Kak Yus peruntukan untuk membantu Bella n empat belas orang anak didik Kak Yus yang juga turut sama mengambil peperiksaan yang sama.  Setiap malam (kecuali malam Jumaat -- khas utk solat hajat dan yassin utk mereka) kami berkelas, mengulangkaji, membuat latih tubi dan sudah tentu aktiviti 'trouble shooting' topik-topik hardcore.

Setelah hampir setahun bertungkus lumus, akhirnya hari ini.. anak-anak Kak Yus telah pun menunjukkan hasil kerja keras mereka dengan membawa pulang keputusan yang membanggakan Kak Yus dan ibu bapa.  Mungkin ada di kalangan mereka yang tidak mencapai TARGET yang Kak Yus 'set' kan untuk mereka, mahu pun ibu bapa mereka, tapi Kak Yus cukup pasti.. mereka telah berusaha sehabis baik untuk itu.  Memang sangat-sangat bangga dengan pencapaian setiap seorang daripada mereka..  Malah, pihak sekolah dan usaha gigih guru-guru yang terlibat juga sangat membantu apatah lagi support dari segi kewangan dan moral oleh YDP PIBG yang sangat dihargai.

Alhamdulillah.. anakanda Nur Salsabilla Firdaus (Bella) membawa pulang 5As untuk ibu dan ayah, membina 'mercu jaya' yang akan menjadi panduan adik-adiknya kelak.. meletakkan satu tahap sebagai aras pengukur setiap usaha yang akan disambung oleh adik-adik .. Bangga?  Gembira?  Allah sahaja yang tahu perasaan itu.

~ slip keputusan sementara UPSR Bella ~

Dalam keadaan hati dan jiwa Kak Yus yang kurang tenang, berita ini menjadi penawar segalanya hingga terlupa seketika pada setiap masalah dan kebuntuan yang melanda.  Masya Allah, inilah yang dikatakan.. hikmah di sebalik setiap sesuatu kejadian.

Malah, sebelum itu .. Bella juga telah dinobatkan sebagai PELAJAR CEMERLANG UPKK 2011 di KAFA Ad-Diniah dan Bella juga telah mendapat 7As (+ Lulus Cemerlang --Jawi + Lulus --Khat) dalam UPSRA 2012 .. satu keputusan yang tertinggi dan dibanggakan oleh warga KAFA.

~ Ini pula keputusan UPSRA Bella ~

Alhamdulillah.. sujud syukur Kak Yus untuk anugerah yang tak terhingga ini.. Apa yang boleh Kak Yus berikan kepada Yang Maha Agung, Pencipta sekalian alam selain daripada syukur dan pujian Kak Yus untukNya.. Terlalu sedikit yang Kak Yus beri kepadaNya, tetapi terlalu banyak yang diberikan kepada Kak Yus.. terasa diri ini sangat-sangat disayangiNya.. Terima Kasih Allah..

Untuk mereka yang punya HARTA TERISTIMEWA ini, nasihat Kak Yus, janganlah sesekali abaikan mereka.  Waktu dan perhatian paling penting kita untukkan demi masa depan mereka.. Harta, duit ringgit, intan berlian.. berjuta, tidak boleh membeli kejayaan untuk mereka.. Hari ini, Kak Yus bersyukur kerana Allah memberi Kak Yus peluang untuk bersama-sama merasakan penat jerih dan kebahagiaan mereka.. TITIPKANLAH masa anda untuk anak-anak, kejayaan mereka kebanggaan kita...

Pohon Kak Yus, doakanlah Bella diterima di SMISTA agar cita-citanya untuk menjadi salah seorang daripada ahli tahfiz dapat dicapai.  Amin yra.


 ~ Anakanda Nur Salsabilla Firdaus (Bella) sewaktu menerima Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK 2011 baru-baru ini ~


~ Inilah wajah Nur Salsabilla Firdaus .. perintis laluan bg adik-adik, kebanggaan ibu & ayah ~

IBU & AYAH SAYANG KAKAK SELALU...


Terima Kasih untuk doa kesayangan-kesayangan Kak Yus untuk Bella.  Hanya Allah yang bisa membalasnya.


~ Sekadar Luahan Rasa ~

Yusnida Tajudin


Friday, 31 August 2012

SAMBUTAN KEMERDEKAAN



Salam 1 Malaysia.. Salam Kemerdekaan..


MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!


Sejauh mana kita merdeka?
Merdekakah diri kita?
Merdekakah hati kita?
Selesai sudahkan perjuangan kita?

~  Masih terlalu sukar untuk Kak Yus menjawab persoalan itu... hehehe.. **complicated jugak hidup ni ye..**


Sebenarnya, entry Kak Yus kali ni bukanlah nak bercerita pasal semangat patriotik atau pun mengutarakan persoalan apa itu kemerdekaan pun.. hehehe.. sekadar nak berkongsi aktiviti anak-anak untuk hari merdeka ini.  Apa pengisian mereka.. apa pengertian mereka.

Rata-rata kat kawasan rumah Kak Yus ni.. Jalur Gemilang sudah pun berkibar megah.. tapi kat rumah Kak Yus tak de ye.  Bukan tak berminat nak kibarkan, tapi memang serius terlupa terus mengenai tu.  Hish, betapa tak patriotiknya ahli rumah ni.

Okey, ni cerita semalam.  Anak dara kecil Kak Yus, si Aysha Safiyyah yang sedang belajar di Pra Sekolah telah menyertai aktiviti Hari 1 Malaysia yang diadakan di peringkat sekolah.  Hmmm.. kelas Aysha dikehendaki membuat persembahan Pakaian Beragam -- tema:  pakaian tradisi.  Di samping memperagakan pakaian, mereka juga membuat persembahan nyanyian (okeh..lebih kepada miming ajelah ye.. hehehee)..

Nak tengok apa Aysha pakai.. taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


Inilah Aysha.. dalam Punjabi Sutnya.. heh..muka ketat je kan.. dia kalau bab-bab gini memang dia tak suka. Pada awalnya Kak Yus nak pakaikan dia Saree (macam Bella dulu) tapi awal-awal dia dah reject.  Memang dia tak minat pakai yang remeh-remeh.  Even, tudung atas kepala pun kejap je boleh bertahan.. Hmm.. nak tengok Bella masa pakai Saree?  Ini masa umur sama dengan Aysha dulu..

(Bella)








(Ini Iman Yasmine dengan geng-geng dia.. persembahan nyanyian merdeka juga...)









Hmmmm... semalam Kak Yus terpaksalah jadi camerawoman.. dok rakam gambar anak-anak kecil ni.. tapi syok juga.  Hati tu sangat-sangat tersentuh apabila nyanyian demi nyanyian dan kibaran Jalur Gemilang tak henti-henti .. 

Okey.. kalau berminat nak tengok persembahan nyanyian anak-anak ni boleh klik kat sini ye ..



SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN, JIWA MERDEKA dan SELAMAT HARI LAHIR untuk mereka yang menyambutnya hari ini ye...


~ Sekadar Luahan Rasa ~
Kak Yus.

Sebuah Pemergian, Sebuah Kepiluan...



Salam 1 Malaysia..  

Dah lama sungguh Kak Yus tak menggodek-godek dan menitipkan cerita di blog ni. Semak samun dan sawang2 dah hampir nak penuh segala.. heheheheee *tetiba teringin nak wat cam Ayumi lak..


Kak Yus nak mulakan dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang menyambut hari lebaran ini, semoga anda semua gembira menyambutnya bersama keluarga.  Tahun ni Kak Yus hanya berhari raya di KL sahaja bersama ibu dan adik Kak Yus serta saudara mara yang berada di sini.  InsyaAllah, Raya Haji nanti akan pulang ke kampung beraya bersama keluarga mertua pula.  

Terlanjur tu, Kak Yus nak menyusun jari nan sepuluh ni memohon ampun dan maaf andai ada:

~ terlanjur kata-kata dalam berbicara
~ terkasar bahasa dalam tutur dan ayat yang tertulis
~ terlajak jari jemari menyusun ayat
~ terlebih kata sehingga mengguris hati
~ terover dalam bersahabat

Menyedari diri yang serba kekurangan, rasanya perlulah kemaafan itu dipohon.

Alhamdulillah, Kak Yus bersyukur sangat kerana diberi peluang pada raya kali ini untuk memohon maaf yang sangat bermakna daripada arwah ayah saudara Kak Yus yang baru sahaja pergi meninggalkan kami.  Mungkin selama ini perhubungan kami kurang erat dek fahaman dan prinsip yang berbeza menurut mata dan hati kami, tapi tali persaudaraan itu tak pernah renggang.  Arwah merupakan suami kepada ibu saudara Kak Yus, iaitu adik kepada emak Kak Yus yang menetap di Puncak Alam.  Ketika Kak Yus menetap di Puncak Alam suatu ketika dahulu, rumah merekalah menjadi tempat persinggahan Kak Yus.  Merekalah yang menjadi mata dan telinga serta tempat Kak Yus mengadu.  Malah, anak-anak arwah (sepupu Kak Yus) sangat-sangat rapat dengan Kak Yus.  Mereka bagaikan adik kandung Kak Yus sendiri.  Sedari kecil kami dibesarkan bersama-sama, malah ada di antara mereka yang pernahlah Kak Yus jaga masa baby.  

Arwah meninggalkan kami pada pagi Sabtu 25 Ogos 2012 yang lalu, iaitu pada pagi raya ketujuh setelah mengadu sesak nafas pada malam sebelumnya.  Menurut adik-adik Kak Yus, arwah sempat membawa mereka keluar makan pada malam itu.  Arwah teringin nak makan mee kari, tapi tak kesampaian.  Sebaliknya arwah dapat makan KFC sahaja.  Itulah KFC terakhir arwah, itulah makan malam arwah bersama-sama anak-anak rupanya.

Sebenarnyakan, kunjungan raya beliau pada raya pertama ke rumah mak Kak Yus, memang sudah terasa kelainannya tapi iyelah.. siapa yang nak jangkakan semuanya.  Arwah yang agak sukar untuk bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling, tampil dengan sikap yang jauh berbeza.  Paling Kak Yus tak lupa, arwah makan rendang ayam minang Kak Yus dengan penuh berselera sehinggakan keesokkannya, Kak Yus masakkan sekali lagi rendang tu untuk dibawa bersama ketika Kak Yus berkunjung ke rumah arwah pada raya kedua.  Di sana sekali lagi, Kak Yus telah terasa kelainannnya sehinggakan sewaktu pulang ke rumah, Kak Yus sempat berbual mengenainya bersama mak Kak Yus.  Mana tidaknya, arwah beria-ia menyuruh kami merasa sejenis manisan yang dibuat daripada susu dan gula (selalunya ia dibuat oleh masyarakat Sikh).. sedangkan, ia amat berlainan dengan sikap beliau.  Even, masa hendak balik pun, arwah yang menghulurkan tangannya dahulu dan memohon maaf (salam beraya) dan kali ini Kak Yus memang betul-betul memohon maaf.  Tahu ajelah kan.. mulut laser Kak Yus ni, kadang-kadang kalau nak sound tepek tu.. tak kira.

Pagi raya ketujuh tu, terkejut Kak Yus menerima panggilan daripada mak dan ibu saudara yang memaklumkan berita pemergian arwah.  Terus Kak Yus dan mak memecut ke Hospital Sg Buluh untuk menemankan ibu saudara dan adik-adik yang sedang berduka.  MasyaAllah, memang sangat patah hati melihatkan wajah adik-adik Kak Yus tu seorang demi seorang.  Air mata terus laju je menuruni pipi apabila memeluk adik yang bongsu, Aiman, yang nampak sangat kesedihannnya saat itu.  Besar dugaan Allah kepada Aiman, kerana dlm tempoh dua minggu lagi dia akan mengambil peperiksaan UPSR.  Kak Yus percaya, pemergian arwah ini sedikit sebanyak memberi impak kepada Aiman.  Sehingga jam 12 tgh hari, Kak Yus menemani mereka sehinggalah urusan mandi dan kafankan jenazah selesai.  Tengah hari itu, Kak Yus pecut tak hengat pulang ke rumah untuk mengambil anak-anak dan suami.  Sehinggalah lewat malam, kami berada di Puncak Alam, berkongsi kesedihan adik-adik Kak Yus ini.

Apa yang Kak Yus dapat katakan untuk mengurangkan kesedihan mereka selain daripada bersabar dan redha kerana setiap yang hidup pasti akan melaluinya.  Yang membezakan kita hanyalah dua alam.. Paling sedih, apabila seorang adik yang menetap di Sweeden tidak sempat pulang.  Kak Yus percaya, adik Kak Yus itu sedang berduka di saat ini.  

Di sini, Kak Yus tepekkan beberapa keping gambar di sekitar waktu pengkebumian arwah.  





Ini pula .. pada pagi raya ke2 .. pusara arwah dikunjungi oleh x-bos arwah.. Datuk Wan Nik dan keluarga.




Di kesempatan ini Kak Yus ingin memohon bebanyak maaf bagi pihak arwah terhadap sesiapa sahaja yang mungkin mengenali arwah yang membaca entry Kak Yus ni.  Mungkin sebagai manusia, arwah tidak lepa daripada melakukan kesilapan, namun Kak Yus percaya .. arwah merupakan insan yang baik hatinya.  Jika ada arwah terhutang apa-apa, sila inform keluarga beliau.  Pohon Kak Yus, sudi-sudilah sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah bapa saudara Kak Yus dan doakan moga roh arwah dimasukkan ke dalam golong mereka yang disayangiNya.


~ Sekadar Meluahkan Rasa ~
Kak Yus.

Wednesday, 25 July 2012

Puasa & Anak- Anak


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Dah lama betul tak mencoret apa-apa di sini.  Sibuk pun satu hal, idea pun tak mari-mari satu hal lain juga.  Pejam celik, sedar tak sedar dah masuk hari ke-enam kita berpuasa dan sepanjang enam hari itulah bermacam ragam anak-anak Kak Yus hadapi.  

Anakanda sulung, Salsabilla dan anakanda kedua, Iman Yasmine memang tak ada hal dalam bab puasa, kerana masing-masing sudah beberapa tahun melaluinya terutama Iman Yasmine yang sudah mula berpuasa penuh ketika berumur lima tahun lagi.  Masalah hanya kepada Adib Idham dan Aysha yang kadang-kadang tu mampu berpuasa penuh dengan jayanya tapi ada tika, menangis bagai nak rak minta berbuka.

Bagi Kak Yus, dalam usia 6 & 8 tahun begini, tiada paksaan untuk mereka.. namun semangat dan pujukan harus dibuat untuk menjayakan misi berpuasa itu.  Kalau dah tak larat sangat, bagi sahajalah mereka berbuka lagi pun bukan makan apa pun, sekadar meneguk air segelas dua je.  Itu pun dah memadai bagi mereka.

Ganjaran?? Haaaaa.. memang kena ada.  Ada orang yang tidak setuju dengan sistem ganjaran ni, diorang kata nanti kalau tak ada ganjaran anak-anak tak nak puasa.  Tapi lain pula dengan pendapat Kak Yus.  Even, Yang Maha Berkuasa juga menggunakan sistem ganjaran, apatah kita hambaNya yang kerdil ini.  Tak salah copycat kan.. kalau berbuat baik, ganjarannya pahala.  Kalau puasa, ganjarannya upah/hadiah dalam berbagai bentuk.  Ada beza tak?? Ada.. bezanya ganjaran Allah kita boleh claim di 'sana' kelak, tetapi ganjaran ibu/bapa dapat terus di dunia.  Nampak dan tak nampak je.. oppsss.. itu pendapat Kak Yus ye.. no offence pada yang tidak setuju.



Haa.. inilah Aysha Safiyyah, teruk nau berpuasa.. dalam dok melayan facebook sampai tertidur kat lappy.. dah lima belas minit rasanya baru Kak Yus tersedar dia dah terlena kat situ.. heheheee..




Okey.. kedua-dua gambar di atas ni pula diambil tiga hari sebelum kita mula berpuasa.  Ini adalah sessi penyampaian sijil bagi program Camping anak-anak Pra-Sekolah di SKBM.  Program ni dibuat untuk mendedahkan anak-anak yang berusia enam tahun ini dengan keadaan camping yang sebenar, cara memasang khemah, pengalaman duduk dalam khemah, berkawad dan macam-macam aktiviti yang Kak Yus tak dapat nak join.  Sempat datang masa ini sahaja.  Salsabilla pun terlibat sebagai mentor, membimbing adik-adik kecil ni cara-cara mengambil wuduk dan solat yang betul.  

Hmmm... kalau ikutkan nak berceloteh, memang banyak benda yang nak dicelotehkan tapi batas masa tu memang tak dapat dielakkan.  Lagilah bulan puasa ni, komitmen sangat tinggi..

Untuk anak-anak yang menduduki Trial UPSR hari ini (akhir -- untuk sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan) jawab soalan dengan tenang.  Jangan lupa banyakkan doa dan berhati-hati serta teliti dalam menilai soalan.

Salam penuh kasih sayang,

~ Kak Yus ~




Wednesday, 27 June 2012

SEMANGAT IHTIFAL .. tak kenal maka tak cinta..



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..


Pernah dengar perkataan IHTIFAL?  Itu pertanyaan untuk anda semua ye..  kalau ditanya pada Kak Yus enam tahun lalu, memang serta merta Kak Yus akan menggelengkan kepala.  Sebabnya, kalau perkataan-perkataan Arab memang 'jahil' benar Kak Yus ni, time sekolah dulu-dulu memang tak pernah ke KAFA mahu pun SRA.  Zaman Kak Yus bersekolah, balik sekolah kebangsaan taunya nak main je, malam baru mengaji.  Mengaji pun kongkalikong.. nasib baik lah terang hati, darjah 5 baru khatam tau.  Hah, gelak eh.. gelaklah tak pe.   Tapi kalau tanya sekarang, dengan eksyennya Kak Yus dan boleh jawab sudah tentu Kak Yus tahu.  Bukan apa, semenjak ada anak-anak yang bersekolah KAFA ni, Kak Yus kena siapkan diri serba sedikit dengan pengetahuan terutama Bahasa Arab.  Sanggup beli kamus tau!

Ok, kita berbalik kepada Ihtifal tadi, sebenarnya Ihtifal tu bermaksud  'perayaan atau perjumpaan besar (untuk merayakan ulang tahun sekolah dan lain-lain)'.  Di Kuala Lumpur, majlis Ihtifal ini dibahagikan kepada beberapa Zon.  Dalam majlis ini, akan diadakan beberapa pertandingan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Bercerita, Azan, Khutbah, Khat dan beberapa acara lagi.  Semua acara ini dipertandingkan.

Pada Selasa lepas, Kafa Madrasah Ad-Diniah telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Ihtifal Zon 1 Peringkat Wilayah.  Wah, bukan main lagi sibuk sungguh ustazah-ustazah dan ustaz bertungkus lumus dalam menyediakan semua keperluan untuk majlis itu.  Kak Yus hanya sempat datang membantu serba sedikit pada malam hari Isnin, iaitu malam sebelum majlis bermula.  Seronok juga dapat melihat beberapa buah sekolah agama lain yang turut sama membantu.  Kagum hati ini melihat semangat dan dedikasi para pengajar, malah ada yang sedang menanti hari sahaja sibuk juga membantu sehingga pucat dan lesu wajahnya.  Kalau tak silap Kak Yus, ada tiga orang ustazah Kafa Ad-Diniah yang sedang mengandung, salah seorang daripada mereka due 28/6/12 ni.  Bayangkan, penatnya membawa kandungan tapi masih boleh berdiri tercegat lelama membantu.  Puas Kak Yus bising suruh berehat.

Ok, cerita dah banyak.... ini pula gambar dan video yang dapat Kak Yus rakamkan untuk tatapan anda semua...



Inilah pentas utama ye.. hehehee... simple je tapi ok la kan.. yang penting kerjasama dan effort yang diberikan untuk menjayakan Majlis Ihtifal ini..




Gambar ni dirakam pada malam sebelum Ihtifal berlangsung... seronok je budak-budak ni tidur lambat, balik ke rumah pun dah jam 12 lebih, sempat lagi singgah minum kopi kat kedai makan.. hehehee




Perasan nak jadi hakim la tewww....




Okey.. ini anak dara sulung Kak Yus ye, mulanya Bella masuk Teks Jawi (baca), tapi acara tu ditukar kepada Khat.. hah.. gabra jurus ke lima puluh ye Kak Yus bila tau tu... lalalaa.. dahlah tak berapa nak pandai tulis Jawi, kena pula ajar anak wat Khat.. perghhhhhhhhhhh... tp alhamdulillah, Kak Yus masih ingat serba sedikit yang Kak Yus belajar masa kat sek men dulu.. dapatlah latih Bella sikit-sikit.  Itu pun 2-3 hari nak masuk bertanding.. errr.. sesapa yang minat nak belajar boleh lihat kat sini ye ..  Seni Khat Jawi .



 Tak banyak pic yang Kak Yus sempat snap hari tu, sibuk sangat merayau dan berborak dengan rakan-rakan guru yang dah lama tak jumpa... hehehe.. Ini Johan Acara Bercerita.. kecik molek je budaknya, daripada Sek Agama Tiara Permai (tak silap Kak Yus..)




Sementara menunggu keputusan pertandingan, sempat jugak nak bergambar ye.. (anak dara bongsu Kak Yus tu cemberut sebab tak dapat gula-gula)



Acara akhir, bergambar beramai-ramai.. inilah peserta2 Ihtifal Kafa Madrasah Ad-Diniah yang menjadi kebanggaan kami diiringi tenaga pengajar...ramai nak UPSR / UPSRA tu.. moga-moga niat mereka hendak menyambung pelajaran di MAWIP dimakbulkan.. 



Ini pula.. anak-anak Kafa Taman Permata Fadason, Kepong .. hebat diorang ni.  Juara Nasyid entah kali ke berapa, tapi memang best.. SUPERB!  Walau pun tak dapat johan keseluruhan, baik Fadason n Ad-Diniah.. kedua-duanya hebat.. gondol banyak hadiah jugakan...


Sebenarnyakan, Kak Yus ada ambil 3 video sepanjang Ihtifal ni.. tapi sayangnya dah try upload kat sini tak boleh2 jugak... apa masalahnya ye.. Kalau tidak pasti sayang2 Kak Yus dapat menonton persembahan hebat mereka lebih-lebih lagi persembahan gabungan ustaz2 Zon 1.  Acara ni secara spontan je, sempat praktis sekejap kat situ juga sebelum persembahan.. tapi.. walaweiiiiiiii... best tak hengat..


Apa pun.. TAHNIAH untuk semua yang telah bertungkus-lumus untuk IHTIFAL Zon 1 2012.. insyaAllah, tahun depan kita berjumpa lagi... harap sayang2 Kak Yus tak penat membaca n3 ni..


~ Sekadar Luahan Rasa ~
Kak Yus




Template by:

Free Blog Templates