Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Pernah dengar perkataan IHTIFAL? Itu pertanyaan untuk anda semua ye.. kalau ditanya pada Kak Yus enam tahun lalu, memang serta merta Kak Yus akan menggelengkan kepala. Sebabnya, kalau perkataan-perkataan Arab memang 'jahil' benar Kak Yus ni, time sekolah dulu-dulu memang tak pernah ke KAFA mahu pun SRA. Zaman Kak Yus bersekolah, balik sekolah kebangsaan taunya nak main je, malam baru mengaji. Mengaji pun kongkalikong.. nasib baik lah terang hati, darjah 5 baru khatam tau. Hah, gelak eh.. gelaklah tak pe. Tapi kalau tanya sekarang, dengan eksyennya Kak Yus dan boleh jawab sudah tentu Kak Yus tahu. Bukan apa, semenjak ada anak-anak yang bersekolah KAFA ni, Kak Yus kena siapkan diri serba sedikit dengan pengetahuan terutama Bahasa Arab. Sanggup beli kamus tau!
Ok, kita berbalik kepada Ihtifal tadi, sebenarnya Ihtifal tu bermaksud 'perayaan atau perjumpaan besar (untuk merayakan ulang tahun sekolah dan lain-lain)'. Di Kuala Lumpur, majlis Ihtifal ini dibahagikan kepada beberapa Zon. Dalam majlis ini, akan diadakan beberapa pertandingan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Bercerita, Azan, Khutbah, Khat dan beberapa acara lagi. Semua acara ini dipertandingkan.
Pada Selasa lepas, Kafa Madrasah Ad-Diniah telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Ihtifal Zon 1 Peringkat Wilayah. Wah, bukan main lagi sibuk sungguh ustazah-ustazah dan ustaz bertungkus lumus dalam menyediakan semua keperluan untuk majlis itu. Kak Yus hanya sempat datang membantu serba sedikit pada malam hari Isnin, iaitu malam sebelum majlis bermula. Seronok juga dapat melihat beberapa buah sekolah agama lain yang turut sama membantu. Kagum hati ini melihat semangat dan dedikasi para pengajar, malah ada yang sedang menanti hari sahaja sibuk juga membantu sehingga pucat dan lesu wajahnya. Kalau tak silap Kak Yus, ada tiga orang ustazah Kafa Ad-Diniah yang sedang mengandung, salah seorang daripada mereka due 28/6/12 ni. Bayangkan, penatnya membawa kandungan tapi masih boleh berdiri tercegat lelama membantu. Puas Kak Yus bising suruh berehat.
Ok, cerita dah banyak.... ini pula gambar dan video yang dapat Kak Yus rakamkan untuk tatapan anda semua...
Inilah pentas utama ye.. hehehee... simple je tapi ok la kan.. yang penting kerjasama dan effort yang diberikan untuk menjayakan Majlis Ihtifal ini..
Gambar ni dirakam pada malam sebelum Ihtifal berlangsung... seronok je budak-budak ni tidur lambat, balik ke rumah pun dah jam 12 lebih, sempat lagi singgah minum kopi kat kedai makan.. hehehee
Perasan nak jadi hakim la tewww....
Okey.. ini anak dara sulung Kak Yus ye, mulanya Bella masuk Teks Jawi (baca), tapi acara tu ditukar kepada Khat.. hah.. gabra jurus ke lima puluh ye Kak Yus bila tau tu... lalalaa.. dahlah tak berapa nak pandai tulis Jawi, kena pula ajar anak wat Khat.. perghhhhhhhhhhh... tp alhamdulillah, Kak Yus masih ingat serba sedikit yang Kak Yus belajar masa kat sek men dulu.. dapatlah latih Bella sikit-sikit. Itu pun 2-3 hari nak masuk bertanding.. errr.. sesapa yang minat nak belajar boleh lihat kat sini ye .. Seni Khat Jawi .
Tak banyak pic yang Kak Yus sempat snap hari tu, sibuk sangat merayau dan berborak dengan rakan-rakan guru yang dah lama tak jumpa... hehehe.. Ini Johan Acara Bercerita.. kecik molek je budaknya, daripada Sek Agama Tiara Permai (tak silap Kak Yus..)
Sementara menunggu keputusan pertandingan, sempat jugak nak bergambar ye.. (anak dara bongsu Kak Yus tu cemberut sebab tak dapat gula-gula)
Acara akhir, bergambar beramai-ramai.. inilah peserta2 Ihtifal Kafa Madrasah Ad-Diniah yang menjadi kebanggaan kami diiringi tenaga pengajar...ramai nak UPSR / UPSRA tu.. moga-moga niat mereka hendak menyambung pelajaran di MAWIP dimakbulkan..
Ini pula.. anak-anak Kafa Taman Permata Fadason, Kepong .. hebat diorang ni. Juara Nasyid entah kali ke berapa, tapi memang best.. SUPERB! Walau pun tak dapat johan keseluruhan, baik Fadason n Ad-Diniah.. kedua-duanya hebat.. gondol banyak hadiah jugakan...
Sebenarnyakan, Kak Yus ada ambil 3 video sepanjang Ihtifal ni.. tapi sayangnya dah try upload kat sini tak boleh2 jugak... apa masalahnya ye.. Kalau tidak pasti sayang2 Kak Yus dapat menonton persembahan hebat mereka lebih-lebih lagi persembahan gabungan ustaz2 Zon 1. Acara ni secara spontan je, sempat praktis sekejap kat situ juga sebelum persembahan.. tapi.. walaweiiiiiiii... best tak hengat..
Apa pun.. TAHNIAH untuk semua yang telah bertungkus-lumus untuk IHTIFAL Zon 1 2012.. insyaAllah, tahun depan kita berjumpa lagi... harap sayang2 Kak Yus tak penat membaca n3 ni..
~ Sekadar Luahan Rasa ~
Kak Yus
4 comments:
teringat zaman sekolah dulu..suka ikut pertandingan yg diadakan :')
harap2 kak Yus blh ajar ckit bhsa arab yg mudah&senang utk anak2 kita belajar..mmg peninglah ,dulu ada juga belajar masa skolah ,tp dah lupa ..he3
Kathy Tuah ~ Kak Yus tak ada pengalaman sekolah agama, tp kalau sek biasa tu mmg sangat2 aktif, esp dlm deklamasi sajak, pidato n bahas (english).. harap anak2 kak yus pun akan ikut jejak yg sama.. kenangan terindah n termahal tu.
Alina ~ insyaAllah, kita usaha untuk anak2 kita..
video tu ko kena upload kat youtube dulu,pas tu copy code dia kat blog - biasalah youtube tu google punya dan blogspot pun goole punya juga.
Post a Comment