Thursday, 14 June 2012

Dinner @ Mamak..Roti Tisu Satu...!!

(gambar hiasan... sesi mengeteh)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Sabar jelah dengan tajuk n3 Kak Yus malam ni.. hehehe.. semalam lepas habis kelas teringin pula nak makan  nasi briani sebenarnya, so Kak Yus ajak en hasben pi makan kat Restoran Haniffa @ Medan Tuanku.  Tapi anak-anak plak tak nak, diorang nak makan roti canai je so en hasben Kak Yus pun ajak kitorang keluar makan kat gerai mamak yang terletak di hadapan kawasan rumah kitorang je.. ni kira first time lah dinner kat situ..

Sampai kat gerai mamak, nasib kitorang baik tak ramai pelanggan.. mungkin sebab mamak ni tak letak tv screen besar so tak delah pelanggan-pelanggan yang lepak sampai pagi dengan hanya order segelas teh tarik sambil layan bola kan.  Dan paling best, aman je suasana kitorang nak layan makanan.

Bila pekerja ambil order, tiba-tiba tekak ni terasa nak makan roti tisu, hmm.. Bella dan Iman pun join selera ibu diorang sama. Gerai mamak ni diorang masak roti canai ke, capati ke, tosei ke kat depan.. sama gak la dengan maggie goreng (Aysha pesan semalam..not bad at all)..semua masak kat depan so kitorang boleh nampaklah cara diorang masak dan tahap kebersihannya tu.  Kak Yus ni cerewet sikit tentang kedai makan ye.. kalau nak makan roti canai Kak Yus mesti intai-intai dulu kuku tukang tebar roti tu tau.. hehehee

Errr.. sayang-sayang Kak Yus pernah tengok ke rupa roti tisu ni... heheheheee.. sajalah kan buat-buat tanya.. ok.. macam ni rupa roti tisu tau..


Inilah roti tisu .. tapi yang ini versi ada susu meleleh tau.. inilah yang menjadi hidangan Kak Yus dan anak-anak malam semalam. (ini gambar hiasan je ye, semalam seronok sangat nak makan sampai tak ingat nak snap pic..hehehe)

Hokeh.. semasa mamak tu dok tebar hinggalah selesai Kak Yus memang tak alih pun pandangan dok peratikan cara dia buat roti tisu ni.. bukan sebab nak belajar ye.. mintak maaf.. memang Kak Yus bab masak-masak fail..hehehe.  Semangat nak tahu tu yang meluap-luap.. Kak Yus perasan mamak tu sapukan planta/margerin pada doh yang telah ditebar dan diletakkan atas kuali panas tu kan.. lepas tu gula pula ditabur .. patutlah manis bergulakan.  Bila dah siap dibentuk seperti kon, mamak tu pun hantarlah kat kitorang tapi Kak Yus request minta dia siramkan susu kat roti tisu tu.  Mula-mula Kak Yus perasan muka pelik mamak tu, agaknya dia tak pernah buat camtu kot.  Mungkin inilah first time customer dia minta roti tisu dengan susu.  Lepas tu minta pula kuah kari.  Hehehee...

Kalau tanya pasal keenakkan roti tisu ni..  part yang paling Kak Yus suka sebab ia nipis, manis dan garing.  But then, roti tisu yang paling sedap Kak Yus pernah makan @ Puncak Alam, semasa stay kat sana dulu.  Perghhh.. memang sedap.  Tapi kari ayam mamak semalam not bad at all.. sedap.

Hmmm.. ada yang dah terliur ke?  Hehehehe.. kalau berkenan nak rasa jomlah lepak-lepak kat rumah Kak Yus, boleh aje kita dinner ke, supper ke kat sana..

Orite.. takat ini jelah dulu, nanti kita cerita lagi..


~ Sekadar Luahan Rasa ~
Kak Yus



4 comments:

kathy said...

sy pun penah makan roti tisu tp tinggi lagi dari ni..a'ah kan, dorang buat nipis je..pastu manis sikit :)

p/s - ni personal blog kak yus ke?

Alina said...

roti tisu mmg best..lagi roti boom&pisang blh tahan juga.

Yusnida Tajudin said...

TQ Kathy darling cos sudi jengah ke sini.. aah la, ni personal blog k.yus, rasanya bebas sikit kot nak bercerita kat sini.. hehehee.. k.yus mmg suka roti tisu, lepas ni nak rasa tosei/capati mamak tu pulak.. jom singgah


Alina dear... roti boom k.yus tak penah rasa lagi, klu roti pisang tu dahlah.. nanti klu jenjalan sini memalam, kita pi lepak2 kat situ ye..

Azman said...

hancur diet makan nih hehehe....

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates