.......DURIAN OH DURIAN......
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
Dah malam tapi masih ada mood nak menaip lagi.. tak pe lah kan, sela masa sambil-sambil menyiapkan n3 baru untuk Mengintai Bahagia (Acam & Dzil). Malam ni tak nak ceritalah pasal manuskrip.. pening, huhu..
Malam ni nak cerita pasal durian. Oh.. durian.. raja buah yang tak ada tandingannya, sesuailah dengan namanya tu.. Raja Buah. Apa speselnya buah durian ni.. sama je macam buah lain cuma ia bermusim (tapi sekarang ni kan macam dah tak de musim, sepanjang tahun boleh jumpa kan..) dan ia berduri.. Mungkin rasanya yang sukar nak digambarkan.. ada orang yang memang gilakan durian, suka, minat dan ada juga yang tak suka.. tapi Kak Yus dan anak-anak memang penggemar durian no. 1. Pantang jumpa tepi jalan, mesti nak turun beli.
Nak dijadikan cerita, selama cuti sekolah 2 minggu hari tu, anak-anak sibuk nak makan durian cos banyak betul orang berniaga durian di sekitar kawasan rumah ni. Tapi malangnya, keinginan anak-anak tu tak dapat dipenuhi kerana seisi rumah demam selsema.. berlarutan sehingga dua minggu. Sudahnya, durian tak dapat makan, jenjalan pun tak dapat.. terperuk jelah dalam rumah.
Hari ni, masa menyupir ambil anak-anak daripada sekolah tadi, on the way balik, ternampak orang jual durian kat tepi simpang masuk ke rumah, apa lagi anak-anak ni bising mulut masing-masing suruh ibu ni belikan mereka durian. Sudahnya, beli jugalah. Hmmm.. balik daripada Ko-kurikulum tadi, semua pakat mengadap durian tu.. adalah dalam 10 biji.. hehehe.. 2 biji je dapat hantar kat Maktok diorang (mak Kak Yus)..yang lain-lain tu diorang bantai dok mengadap. Akhirnya..masing-masing dah tak larat, terpaksalah ibu diorang ni bukak dan masukkan ke dalam bekas. Lepas ni simpan dalam peti ais. Hmm, anak dara kecik Kak Yus si Aysha Safiyyah tu, pagi-pagi bangun tidur boleh bekfes dengan durian je tau.. jangan tak tau.
Hmm.. itulah cerita durian malam ni.. (sebenarnya teringin nampak posting Ateh Ain dlm FB..hehehe..).. esok try cerita lain lak ye..
Ini ajelah balance durian daripada 10 biji tadi ye.. ermm.. kalau tak de sesapa nak makan dah esok, cadang nak buat santan durian makan dengan pulut.. perghhhhh..jom..jom.. singgah rumah Kak Yus.
~Sekadar Luahan Rasa~
Kak Yus
3 comments:
hu3x.klwlah cuaca x panas&tekak x sakit dah lama nak bantai durian puas2....simpan ckit santan pulut durian tu ek,mana tahu tiba2 dah ada dn pintu..he3x..
hehehe... betul3.. bila time teringin nak makan tp tekak lak sakit, pastu demam juga..hadoii.. sedihkan.. camtulah k.yus rasa masa cuti sekolah tu, nampak durian berderet2 depan mata.. insyaAllah, klu menjadi santan durian tu k.yus roger2 Alin..
Cuaca panas nih...tapi kalau dah ngidam makan jerlah he3
Post a Comment