Salam Sayang2 Kak Yus;
Malam ni Kak Yus nak share sedikit ilmu tentang Isra' & Mikraj.. info ni pun Kak Yus ambil daripada sebuah blog yang dilawati oleh anak-anak Kak Yus (err..anak2 Kak Yus rajin tau surf blog2 keagamaan ni, esp. cerita2 mengenai para nabi, sahabat dan keluarga Rasulullah saw). Kita selalunya bila dengar ceramah tentang Isra' & Mikraj, jarang dapat dengar sehingga tamat cerita krn biasalah, penceramah akan mengulas setiap kejadian. So, bila dah sampai tengah2, masa dah terlalu lewat. Hari ni, Kak Yus share.. sampai habis ye.. Jemput baca.. jadikan iktibar untuk kita..
*******************************
"Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah yang amat mendengar lagi maha mengetahui," - Al Isra'.
Berdasarkan banyak hadis mengenai peristiwa Isra' Mikraj, para ulama meringkaskan peristiwa Isra' Mikraj sebagai berikut;
Rasulullah saw mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh Jibril, Mikai; dan satu malaikat yang lain. Hati Baginda saw dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah saw.
Selesai Pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Isra'. Sepanjang perjalanan, baginda ditemani oleh Jibrail as dan Israfil as. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat yang mulia dan bersejarah), baginda diarahkan oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: Madyan dan Tursina, iaitu tempat nabi Musa as berbicara (bermunajat) dengan Allah dan Baitul-Laham (tempat kelahiran nabi Isa as).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka akan sembuh kembali, lalu dipecahkan lagi. Demikian dilakukan berulang kali. Jibril menyatakan; itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu nereka jahanam. Kata Jibril; itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakin daging mentah yang busuk sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Kata Jibril; itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu; itulah orang yang memakan riba'.
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril; itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir akan tumbuh semula. Kata Jibril; itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril; itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghina) orang.
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Baginda tidak memperdulikannya. Kata Jibril; itulah DUNIA. Jika Baginda memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Baginda berhenti. Baginda saw tidak menghiraukan wanita tua itu. Kata Jibril; itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
Didatangkan mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw. dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Dalam perjalanan itu juga baginda saw menghadapi gangguan jin Ifrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya: Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Baginda diberitahu oleh Jibril: itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Suatu tempat yang berbau harum. Baginda diberitahu lagi, itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suami dan anak-anaknya (termasuk bayi yang bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah.
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka akan sembuh kembali, lalu dipecahkan lagi. Demikian dilakukan berulang kali. Jibril menyatakan; itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu nereka jahanam. Kata Jibril; itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakin daging mentah yang busuk sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Kata Jibril; itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu; itulah orang yang memakan riba'.
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril; itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir akan tumbuh semula. Kata Jibril; itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril; itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghina) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat memasuki semula lubang itu. Kata Jibril; itulah orang yang bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal tapi sudah terlambat.
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Baginda tidak memperdulikannya. Kata Jibril; itulah DUNIA. Jika Baginda memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Baginda berhenti. Baginda saw tidak menghiraukan wanita tua itu. Kata Jibril; itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
Tiba di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah saw turun daripada buraq. Kemudian baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia' dan mursalin menjadi makmum. Baginda saw terasa dahaga lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril; Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Didatangkan mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw. dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama:Rasulullah saw. dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s.
Langit Kedua: Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan nabi 'Isa a.s dan nabi Yahya a.s.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s.
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam:Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga yaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, yaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan sholat. (Baitul- Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Tangga Kedelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu : Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Tangga Kesembilan:Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, yaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Tangga Kesepuluh:Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul- Arbab lalu dapat bertemu Allah Subhanahu wa Taala, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul- Nya: Allah S.W.T: Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji- panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawa menemui nabi Ibrahim a.s kemudian nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mi'raj:Rasulullah saw. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini Baginda saw. bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peistiwa Isra'-Mi'raj yang amat ajaib itu
(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rajab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu a'lam.
~ Sekadar Berkongsi Ilmu ~
Kak Yus
8 comments:
info yg terbaekkk kak..
berdoa supaya mesia dpt buat filem genre cmni ikut acuan kita 1 ari nnt..
klo ada bajet juta2 nk wat citer antu, drift, cinta, kartun etc, mesti xde mslh nk wat ala2 The Message, lion of desert..
terbaik laa kak yus!
Masalahnya, tak de sapa nak buat n tak ramai yg akan masuk panggung klu dibuat..
Moga2 akan diberi peluang kpd somebody somewhere yg akan muncul dgn idea sebegini.. boleh ditayang di sekolah2 n utk generasi muda..
First time Kak Yus dpt baca hingga habis cerita isra' mikraj ni selama 37 tahun hidup n mendengar ..
peristiwa isra'mi'raj adalah salah satu hadiah yg teramat istimewa utk nabi Muhammad saw dr Allah awt yg mana ketika itu baginda dlm kedukaan...&akhirnya baginda berikan hadiah sholat 5 waktu utk umat2nya..
betul tu Alina.. moga ia menjadi pengajaran utk kita atas setiap kejadian di sepanjang perjalanan tu kan..
sy rasa masa zaman sekolah je dulu selalu suka baca citer mcm ni..tp sekarang? ehem..
apa2 pun tq kak yus sbb berkongsi semula citer ni.. boleh jugak flashback apa yg penah di baca dulu :')
sama2 Kathy.. dulu2 masa komitmen tak byk, mmg kerap ikut ceramah2 isra'& Mikraj ni, tp semenjak ada anak2, ruang waktu mmg terbatas, itulah, kena tukar cara lain utk cari ilmu, apa pun..moga kita snts mendapat hidayahNya.. amin..
n3 baru: panduan penulisan dan tatabahasa
Post a Comment