Sunday, 3 March 2013

CELOTEH KAK YUS DI MALAM HARI II



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca tersayang;

Dah lama sangat blog kecil ni bercuti, sunyi sepi dan penuh dengan sawang .. even lalang dan bunga-bunga lalang pun dah ada..err.. nasib baik pokok dedalu tak sempat nak memanjat.. hehehe 

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang awal tahun 2013 ni.

Perkara pertama yang Kak Yus nak cerita, opkos, tentang anak Kak Yus si Nur Salsabilla Firdaus a.k.a Bella Fird tu.  Semua sedia maklumkan dalam entry sebelum ni Bella ada apply SMISTA -- Alhamdulillah, Bella telah diterima masuk untuk menyambung pelajarannya di SMISTA - MAIWP dan syukur kerana beliau antara anak yang terpilih untuk bakal bergelar ahli tahfiz suatu hari nanti.  


(ni gambar masa hari pendaftaran.. tu baju seragam sekolah ye.. nak cari baju sekolah pun adventure juga)


Alhamdulillah sekali lagi, sehingga hari ini Bella dah hafaz juz 30, sekarang sedang menghafal juz 29 (menghafal secara menurun).  Kabarnya bulan depan akan dapat sijil untuk satu juz tu.

Ok.. mungkin ada orang yg nak muntah ijo baca cerita Kak Yus tentang anak-anak kak yus, especially tentang Bella.  Bukan hendak membanggakan diri dan anak-anak tapi Kak Yus suka share kegembiraan n sedikit ilmu jika ada bersama-sama.  Mana tahu kalau-kalau ada cara atau sesuatu yang dapat kita kongsi atau kutip daripada perjalanan hidup Kak Yus dan anak-anak ni.

Sebagai anak sulung, Bella memanglah sangat manja.  Nak berdikari sangat-sangat pun tak pandai, tapi tamat UPSR Kak Yus mula nampak kematangan dia dalam hidup.  Rata-rata bila kata anak dapat result yang bagus-bagus, ibu bapa pun mulalah belikan macam2 sebagai penghargaan kepada mereka.  Percaya tak, kalau Kak Yus kata Kak Yus dan suami tak belikan apa-apa pun untuk Bella?  Betul, memang tak ada hadiah pun.  Alasannya: Bella tak nak.  Kak Yus tanya dia Bella nak apa? Jawapan Bella, tak payah beli apa-apa ibu, duit yang ibu ada tu simpan untuk kakak nak masuk sekolah nanti.  Bukankah jawapan itu sudah menunjukkan kematangan bagi anak yang baru berusia 12 tahun?  Sangat2 menyayat hati seorang ibu dengan kematangannya tu sedangkan rakan-rakan lain dapat macam-macam hadiah, even yang dapat 4A1B pun dapat ipad bagai.  Dengan duit ganjaran pihak PIBG sekolah ditambah pula dengan duit ganjaran yang diperolehi daripada pihak tertentu, anak Kak Yus yang sorang ni beli handphone untuk dirinya sendiri.  Seposen pun tak masuk duit ibu dan ayah.

Namun, sebagai seorang ibu.. masih mahu meraikan kejayaan seorang anak so Kak Yus bawa dia hitea bersama-sama adik2nya.  Tak seronok -- sebab hitea tu sehari sebelum dia masuk asrama dan mood dia dah sedih sebab nak tinggalkan adik-adik dia.



Alhamdulillah, rezeki Bella murah lagi, baru-baru ni Bella dan 8 lagi rakan2 yang berjaya mendapat 5A telah diraikan oleh Parlimen Batu dan diberi penghargaan berupa sijil dan wang tunai.  Kat majlis tu, punya seronok tengok anak-anak yang berjaya, ramai sehingga penuh satu dewan di Stadium Titiwangsa tu.. ketika Lagu Kebangsaan dilagukan, airmata tiba-tiba menitis -- bangga kerana berada di dalam dewan itu sebagai salah seorang daripada ibu kepada anak-anak itu.


(Inilah wajah-wajah anak SK Batu Muda yang telah mengharumkan nama sekolah -- first time melakarkan nama sekolah dgn berjaya menempatkan 9 org dengan 5A -- ada 8 orang je, sorang lagi berada di Dubai)


(tak dapat ambil pic depan-depan, ramai sungguh orang kat depan tu)



(Bella & Jannah -- sahabat dunia akhirat (insyaAllah), dari kejiranan yang sama, sekolah rendah yang sama, kelas yang sama dan kini belajar di SMISTA bersama-sama --- huh, sakit pun sama-sama tau!)


Ok.. dah habis pasal Bella dan dunianya.  Doakan anak Kak Yus yang seorang ni ye...


Ni pula satu lagi kisah anak Kak Yus.. si Adib Idham .. uiiii, bukan sembarangan anak ni tau.  Sepanjang tempoh membesarkan hero yang seorang ni, macam-macam perasaan ada, sampai nak tercabut nyawa dan sakit jantung pun ada tau.. mungkin sebab dia anak lelaki seorang, maka macam-macamlah fiilnya..


(Inilah Muhamad Adib Idham dan Aysha Safiyyah)


Cerita masa masuk tahun 1, kan sebelum masuk tahun 1 tu ada exam tentukan kelas.  Sebelum exam tu Kak Yus dan suami pesanlah kat Adib, 'abang, jangan panik tau.  Abang jawab je soalan yang abang tau'.  Ok, itu nasihat standard ibu-ibu tapi kat dalam hati 'jawablah betul-betul'..hehehe...  Sudahnya, masa balik tu dia boleh tanya Kak Yus.. Ibu, M E J A tu bunyi dia meja kan.. Kak Yus kata iyalah, hmmmm... apa dia jawab, abang lupalah ibu, abang tak jawab pun.  Pekdahnya, duduk kelas ketiga.  


(posing dengan rakan-rakan sekelas)


Sepanjang tahun 2010 tu, Adib pernah dilanggar kereta di hadapan blok rumah kami ni.  Nasib baik kereta tu tak laju sangat dan tiada kecederaan fizikal yang teruk.  Hanya sedikit luka bergesel dengan jalan raya tapi hati Kak Yus yang melihat di depan mata tu dah rasa macam nak melayang nyawa.  Menjerit tak terkata.  Itu baru peristiwa pertama.

Peristiwa ke-2, sebulan sebelum final exam tahun yang sama xcident lagi, kali ni memang teruk.  Biasalah, budak tak mo dengar cakap dan nasihat orang, pandai2 pi panjat dinding bilik air konon-kononnya perasan diri tu spiderman.  Sudahnya, masa turun tu dia bersangkut kat sinki dan sinki tu jatuh pecah berderai.  Nasib baik Adib tak jatuh sama, kalau tak lagi haru.  Masa tu perasaan dia cuma takut kena marah dengan suami Kak Yus dan dia sendiri tak sedar yang betisnya dah terluka sebesar mulut orang dewasa.  Betul.. memang dalam sungguh luka dia, sehingga mengambil masa lebih enam jam di Wad Kecemasan Hospital Selayang utk jahit.  Dalam pada tu, sementara menanti doktor pakar datang, sempat dia wat tour de hospital dengan wheelchair tu kat dalam wad kecemasan tu sorang-sorang sampaikan attendances dan nurses tanya dia, adik tak sakit ke? Huhu.. memang lasak mamat ni seorang tapi dalam lasak-lasak tu masa nak jahit (lebih 20 jahitan luar dan dalam) menjerit jugak, siap kena selimut bagai.. paling tak tahan masa dia menangis kena bius, dua kali..kat kulit luar dan kat dalam luka tu.. dia sempat berjanji dengan Kak Yus .. 'Taubat ibu, abang tak buat lagi'.. dengar ajelah kan..

(ni luka k.yus dah kepitkan, tak bagi terbuka.. )


Disebabkan tu, Adib cuti sekolah sebulan dan datang ke sekolah untuk ambil final exam dengan wheelchair, glamer you.. satu sekolah femes.  


(disebabkan tu..kami semua kena berpantang..
hari-hari makan ikan tenggiri je, rasa macam baru bersalin la pulak)


Alhamdulillah.. sekarang ni dah semakin besar, dah tahun 3 pun, nakal pun masih ada tapi yang tak boleh blah masa first day buka sekolah 2013 ni, balik rumah tunjuk surat cinta kat Kak Yus.  Hadoi, kecik-kecik dah ada peminat.. siap tulis Adib, I love you lagik.. iskhhhhhhhhhhhhh memang anak ayah sungguh!!!!

Sekarang ni dia ada minat baru.. BISNES ..  huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..  memang bagus minat yang satu ni tapi yang azabnya Kak Yus lah.  Apa bisnes si Adib ni? ni diaaaaaaaaaaa....




Iya.. inilah bisnes dia yang terbaru.. bisnes Sticker Nama -- seposen sekeping tau.. hmmm layan ajelah minat anak-anak ni.. moga-moga minat ni mengajar Adib sesuatu dalam hidup..

Ok.. cukuplah setakat ni Kak Yus merapu untuk malam ni, n3 seterusnya kalau ada yang minat nak mengikuti, Kak Yus akan ceritakan mengenai mini gathering Kak Yus dengan satu group di FB yang Kak Yus join.. InsyaAllah.


Mari kita sama-sama doakan semoga persengketaan dan perbalahan yang terjadi di Lahad Datu dapat diselesaikan secepatnya.  Semoga tiada lagi yang akan terkorban selepas ini.. Ya Allah, Kau lindungilah saudara-saudara kami, tak kira apa bangsa pun, tak kira apa agama pun.. berikanlah kedamaian kepada mereka semula.  Amin yra...

Sehingga kita bertemu dalam celoteh yang lain, salam penuh kasih sayang..

Kak Yus
Sekadar Meluahkan Rasa

4 comments:

Alina said...

ha3..dapat surat cinta dr peminat ye adib..:)...thks kak yus,rasa terharu je dgn crita akak ni..blh ambik ikhtibar dr semua pengorbanan akak yg x kenal lelah dlm mendidik.&hasilnya..bellapun dpt lulus dgn cemerlang..smoga anak2 kak yus&anak2 lin&anak2 siapapun dpt berjaya dlm hidup baik dunia&akhirat..amiin...panjang lak komen ni he3..

siti.selfimage.blogspot.com said...

as salam kak yus.
baru je baca entri ni sebab nak cari entry pasal Smista.
anak saya baru diterima ting 1 2015. sy concern sikit sebab asrama tempat lain sekolah lain. pelajar terkejar-kejar nak naik bas.
dari pengalaman kak yus, ok ke semolah tu. t. kasih sebab sudi membaca comment saya ni.

Yusnida Tajudin said...

Wsalam Siti. Maaf lewat k.yus reply. Stuck dlm banjir kat kg..hihihi. Tahniah utk anak Siti..dah dpt panggilan@ tawaran ke? InsyaAllah setakat Bella di smista 2 thun ni..x de masalah. Dia enjoy je sekolah kat situ. Bab ulang alik tu lg buat diorg enjoy sbb x terkurung...hari2 dpt tgok dunia luar. InsyaAllah..semua tu akan dpt mendisiplinkan anak2 smista..akan lbih menghargai masa. Klu dpt tawaran..grab ye. K.yus pun sdg menunggu panggilan klu ada rezeki utk anak ke-2.

siti.selfimage.blogspot.com said...

assalam k.yus. thanks for the reply. anak saya arief akan daftar di smista 12hb ni. smistarian ls juga nanti.kami dah pusing keliling tgk asrama dan sekolah. mudah mudahan dia ok la nanti. good luck for Bella in her study ya.

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates