Wednesday 27 June 2012

SEMANGAT IHTIFAL .. tak kenal maka tak cinta..



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..


Pernah dengar perkataan IHTIFAL?  Itu pertanyaan untuk anda semua ye..  kalau ditanya pada Kak Yus enam tahun lalu, memang serta merta Kak Yus akan menggelengkan kepala.  Sebabnya, kalau perkataan-perkataan Arab memang 'jahil' benar Kak Yus ni, time sekolah dulu-dulu memang tak pernah ke KAFA mahu pun SRA.  Zaman Kak Yus bersekolah, balik sekolah kebangsaan taunya nak main je, malam baru mengaji.  Mengaji pun kongkalikong.. nasib baik lah terang hati, darjah 5 baru khatam tau.  Hah, gelak eh.. gelaklah tak pe.   Tapi kalau tanya sekarang, dengan eksyennya Kak Yus dan boleh jawab sudah tentu Kak Yus tahu.  Bukan apa, semenjak ada anak-anak yang bersekolah KAFA ni, Kak Yus kena siapkan diri serba sedikit dengan pengetahuan terutama Bahasa Arab.  Sanggup beli kamus tau!

Ok, kita berbalik kepada Ihtifal tadi, sebenarnya Ihtifal tu bermaksud  'perayaan atau perjumpaan besar (untuk merayakan ulang tahun sekolah dan lain-lain)'.  Di Kuala Lumpur, majlis Ihtifal ini dibahagikan kepada beberapa Zon.  Dalam majlis ini, akan diadakan beberapa pertandingan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Bercerita, Azan, Khutbah, Khat dan beberapa acara lagi.  Semua acara ini dipertandingkan.

Pada Selasa lepas, Kafa Madrasah Ad-Diniah telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Ihtifal Zon 1 Peringkat Wilayah.  Wah, bukan main lagi sibuk sungguh ustazah-ustazah dan ustaz bertungkus lumus dalam menyediakan semua keperluan untuk majlis itu.  Kak Yus hanya sempat datang membantu serba sedikit pada malam hari Isnin, iaitu malam sebelum majlis bermula.  Seronok juga dapat melihat beberapa buah sekolah agama lain yang turut sama membantu.  Kagum hati ini melihat semangat dan dedikasi para pengajar, malah ada yang sedang menanti hari sahaja sibuk juga membantu sehingga pucat dan lesu wajahnya.  Kalau tak silap Kak Yus, ada tiga orang ustazah Kafa Ad-Diniah yang sedang mengandung, salah seorang daripada mereka due 28/6/12 ni.  Bayangkan, penatnya membawa kandungan tapi masih boleh berdiri tercegat lelama membantu.  Puas Kak Yus bising suruh berehat.

Ok, cerita dah banyak.... ini pula gambar dan video yang dapat Kak Yus rakamkan untuk tatapan anda semua...



Inilah pentas utama ye.. hehehee... simple je tapi ok la kan.. yang penting kerjasama dan effort yang diberikan untuk menjayakan Majlis Ihtifal ini..




Gambar ni dirakam pada malam sebelum Ihtifal berlangsung... seronok je budak-budak ni tidur lambat, balik ke rumah pun dah jam 12 lebih, sempat lagi singgah minum kopi kat kedai makan.. hehehee




Perasan nak jadi hakim la tewww....




Okey.. ini anak dara sulung Kak Yus ye, mulanya Bella masuk Teks Jawi (baca), tapi acara tu ditukar kepada Khat.. hah.. gabra jurus ke lima puluh ye Kak Yus bila tau tu... lalalaa.. dahlah tak berapa nak pandai tulis Jawi, kena pula ajar anak wat Khat.. perghhhhhhhhhhh... tp alhamdulillah, Kak Yus masih ingat serba sedikit yang Kak Yus belajar masa kat sek men dulu.. dapatlah latih Bella sikit-sikit.  Itu pun 2-3 hari nak masuk bertanding.. errr.. sesapa yang minat nak belajar boleh lihat kat sini ye ..  Seni Khat Jawi .



 Tak banyak pic yang Kak Yus sempat snap hari tu, sibuk sangat merayau dan berborak dengan rakan-rakan guru yang dah lama tak jumpa... hehehe.. Ini Johan Acara Bercerita.. kecik molek je budaknya, daripada Sek Agama Tiara Permai (tak silap Kak Yus..)




Sementara menunggu keputusan pertandingan, sempat jugak nak bergambar ye.. (anak dara bongsu Kak Yus tu cemberut sebab tak dapat gula-gula)



Acara akhir, bergambar beramai-ramai.. inilah peserta2 Ihtifal Kafa Madrasah Ad-Diniah yang menjadi kebanggaan kami diiringi tenaga pengajar...ramai nak UPSR / UPSRA tu.. moga-moga niat mereka hendak menyambung pelajaran di MAWIP dimakbulkan.. 



Ini pula.. anak-anak Kafa Taman Permata Fadason, Kepong .. hebat diorang ni.  Juara Nasyid entah kali ke berapa, tapi memang best.. SUPERB!  Walau pun tak dapat johan keseluruhan, baik Fadason n Ad-Diniah.. kedua-duanya hebat.. gondol banyak hadiah jugakan...


Sebenarnyakan, Kak Yus ada ambil 3 video sepanjang Ihtifal ni.. tapi sayangnya dah try upload kat sini tak boleh2 jugak... apa masalahnya ye.. Kalau tidak pasti sayang2 Kak Yus dapat menonton persembahan hebat mereka lebih-lebih lagi persembahan gabungan ustaz2 Zon 1.  Acara ni secara spontan je, sempat praktis sekejap kat situ juga sebelum persembahan.. tapi.. walaweiiiiiiii... best tak hengat..


Apa pun.. TAHNIAH untuk semua yang telah bertungkus-lumus untuk IHTIFAL Zon 1 2012.. insyaAllah, tahun depan kita berjumpa lagi... harap sayang2 Kak Yus tak penat membaca n3 ni..


~ Sekadar Luahan Rasa ~
Kak Yus




Thursday 21 June 2012

JAMU MATA.. DERITA KAKI..

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia sayang2 Kak Yus;

Uihhh.. tajuk n3 Kak Yus kali ni.. sekali baca takut dengar, dua kali baca...errrr..faham ke dak eh??  Hehehe.. sebenarnya n3 kali ni Kak Yus nak bercerita pasal bawa anak-anak outing on weekend.  As parents yang bekerja ni, kitorang tak de masa nak spend dgn anak2 setiap hari melainkan buka buku diorang, cek kerja sekolah n borak2 kosong je.  Nak seronok2 mmg tak dape le.  En hasben Kak Yus kerja fulltime ye, manakala Kak Yus pun dikira kerja la jugakan.  Mana taknya, yang fulltime tu housewife, tp samping2 tu 'cekgu tusyen' n 'homebusinesswoman'.. Tu belum kira menulis lagi kan.. kiranya Self Employed la kan..

So, bila anak2 dah sound lama tak keluar jenjalan kitorang pun bawa anak-anak attend satu preview session di The Palace of Golden Horses (huh.. nama pun dah gerun dengor ye.. berstar2 hotel tu kan..) dekat the Mines Resort.  Kak Yus dapat invitation untuk preview vacation club diorang, so ambil kesempatan tu untuk bawa anak2 jenjalan.  Perghhh.. bukan main seronok lagi anak2 ni.. nak2 sebelah hotel tu ada padang lumba kuda kan.. nampaklah juga sekor dua kuda drp tepi jalan tu..

Ok.. ni gambar2 menarik yang sempat Kak Yus rakamkan kat sana.. memang happy sesangat anak-anak ni ..


Ni masa baru sampai, bergambar sekejap kat depan entrance hotel... nampak kuda emas kat belakang tu.. hehehe..sapa nak naik, jom...



Sibuk anak dara bertiga ni nak bergambar di bilik menunggu (Health Center).. lawa kan letak buluh kat tengah-tengah tu.. 



OK.. inilah lobby utama Health Centre untuk Mines Resorts / TPoGH ni tau.. jangan tak tau, kat sini serba canggih.. nak buat full medical check up pun boleh.. Ctscan pun ada tau..






Hmm.. best part kat hotel ni, mana-mana pergi pun akan nampak kuda .. sampai kat ceiling diorang pun ada kuda2 berterbangan.. hehehe.. n kuda ni memang menarik perhatian Kak Yus .. sebabnya.. tengoklah sendiri.. ia diperbuat daripada kayu.. terrorkan orang yang buat tu.. 




Erkkksss... jangan tertipu ye dengan dinding di belakang tu.. itu semua wallpaper je.  Sangat cantik, rasa cam nak buat untuk rumah sendiri lak.. di sebalik dinding tu terletaknya bilik menunggu VVIP.. hehhee..




Cuba teka apa benda ni?  Ini meja tau.. diperbuat daripada tunggul-tunggul kayu yang terdapat di dalam sungai.  Kreatif tak?? mana nak cari tunggul-tunggul ni nak buat satu... haha.. special request untuk hadiah birthday Kak Yus boleh??? hik3..





Wallah, seronok bukan main dapat main pasir.  Terasa macam kat pantai lak.. hishhh.. jangan tertipu ye, ini kat Mines Wellness Resort.. kat tepi pool diorang tu ala-ala beach style.. tp kat depan tu tasik ye...




Boating time.. first time experience untuk anak-anak Kak Yus.. teruja sungguh anak-anak ni.  Tasik je pun tapi melihatkan keseronokan diorang tu, rasa berbaloilah dok kat situ sejam lebih.. tambah-tambah pula sepanjang riding tu nampak burung2 yang berbagai jenis.. monyet2 yang bergayutan juga tak ketinggalan.. memang seronok.  On de way back, Kak Yus asyik dok usha anak dara minah arab tu dok menangis sakan, bila ditegur tak pandai English.. huhuhu... sudahnya, senyum2 jelah..




Ini pemandangan The Palace of Golden Horses daripada tasik ye.. bahagian belakang actually.  Kalau kat entrance tu Kak Yus tak ambik gambar cos memang serius tak cantik.  Macam old building pun ada rupa dia.




Ok.. ini last pic taken masa nak balik, masa tu dah kul 8 malam ye.. hah, punyalah lama dok kat dalam tu.  Siap tea n dinner lagi kat sana.  

Nak cerita apa lagi ye...  ohh.. hotel ni mmg mahal kan, tengok published rate dia tak silap Kak Yus RM799 semalam.  Tapi kalau book dengan agen.. agoda.com ke, asiaweb.com ke.. Kak Yus tengok boleh dapat semurah RM210 semalam (deluxe room).. tapi kena tengok dates lah.  At the end of the day, Kak Yus tak sign up pun package tu, tapi seriusly, kalau ada duit worth juga sign up membership.  Banyak facilities yang diorang bagi for members.  Tapi.. Kak Yus dapat free accommodation package 2D1N .. as complimentary.. biasalah, diorang wat marketing kan.. so sekarang sekali lagi anak-anak teruja nak pergi vacation lak.. err Langkawi paling jauh.. or PD paling dekat.. rasa-rasanya yang dekat dah la kot, lagi pun Bella kan nak exam .. Hujung tahun baru jauh-jauh sikit..


Apa pun, dalam 'menjamu mata tu, menderita sungguh kaki' Kak Yus.. pakai heel hari tu..hehehe.. nasib baik tak melecet tau.. Okeylah, kat sini dulu perkongsian Kak Yus.  Tak penting ke mana yang kita bawa anak-anak kita, tapi yang penting pengisian waktu dan bagaimana cara kita lakukannya.  Kualiti masa yang utama, bukan kuantiti.. Anak-anak adalah amanah yang perlu kita jaga dengan baik.

SALAM SAYANG.. hingga bertemu di lain kalam.

~ Sekadar Luahan Rasa ~
Kak Yus

Saturday 16 June 2012

PERISTIWA ISRA' & MIKRAJ --Yang Jarang Kita Dengar


Salam Sayang2 Kak Yus;

Malam ni Kak Yus nak share sedikit ilmu tentang Isra' & Mikraj.. info ni pun Kak Yus ambil daripada sebuah blog yang dilawati oleh anak-anak Kak Yus (err..anak2 Kak Yus rajin tau surf blog2 keagamaan ni, esp. cerita2 mengenai para nabi, sahabat dan keluarga Rasulullah saw).  Kita selalunya bila dengar ceramah tentang Isra' & Mikraj, jarang dapat dengar sehingga tamat cerita krn biasalah, penceramah akan mengulas setiap kejadian.  So, bila dah sampai tengah2, masa dah terlalu lewat.  Hari ni, Kak Yus share.. sampai habis ye.. Jemput baca.. jadikan iktibar untuk kita..

*******************************



"Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.  Sesungguhnya, Allah jualah yang amat mendengar lagi maha mengetahui," - Al Isra'.

Berdasarkan banyak hadis mengenai peristiwa Isra' Mikraj, para ulama meringkaskan peristiwa Isra' Mikraj sebagai berikut;

Rasulullah saw mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh Jibril, Mikai; dan satu malaikat yang lain. Hati Baginda saw dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya.  Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah saw.

Selesai Pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Isra'.  Sepanjang perjalanan, baginda ditemani oleh Jibrail as dan Israfil as.  Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat yang mulia dan bersejarah), baginda diarahkan oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang dua rakaat.  Antara tempat-tempat berkenaan ialah:  Madyan dan Tursina, iaitu tempat nabi Musa as berbicara (bermunajat) dengan Allah dan Baitul-Laham (tempat kelahiran nabi Isa as).

Dalam perjalanan itu juga baginda saw menghadapi gangguan jin Ifrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.  Antaranya:  Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.  Apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.  Hal ini berlaku berulang-ulang.  Baginda diberitahu oleh Jibril: itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.  

Suatu tempat yang berbau harum.  Baginda diberitahu lagi, itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suami dan anak-anaknya (termasuk bayi yang bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah.




Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.  Setiap kali dipecahkan, kepala mereka akan sembuh kembali, lalu dipecahkan lagi.  Demikian dilakukan berulang kali.  Jibril menyatakan; itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain.  Mereka dihalau seperti binatang ternakan.  Mereka makan bara api dan batu nereka jahanam.  Kata Jibril; itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakin daging mentah yang busuk sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka.  Kata Jibril; itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.  Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu; itulah orang yang memakan riba'.


Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain.  Kata Jibril; itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali.  Setiap kali digunting, lidah dan bibir akan tumbuh semula.  Kata Jibril; itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.  Kata Jibril; itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghina) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit.  Tak dapat memasuki semula lubang itu.  Kata Jibril; itulah orang yang bercakap besar (takabbur).  Kemudian menyesal tapi sudah terlambat. 

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan.  Baginda tidak memperdulikannya.  Kata Jibril; itulah DUNIA.  Jika Baginda memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Baginda berhenti.  Baginda saw tidak menghiraukan wanita tua itu.  Kata Jibril; itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.


Tiba di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah saw turun daripada buraq.  Kemudian baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia' dan mursalin menjadi makmum.  Baginda saw terasa dahaga lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu.  Baginda memilih susu lalu diminumnya.  Kata Jibril; Baginda membuat pilihan yang betul.  Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Didatangkan mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw. dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama:Rasulullah saw. dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s.

Langit Kedua: Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan nabi 'Isa a.s dan nabi Yahya a.s.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam:Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh:  Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga yaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, yaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan sholat. (Baitul- Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kedelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu : Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.

Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan:Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, yaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh:Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul- Arbab lalu dapat bertemu Allah Subhanahu wa Taala, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul- Nya: Allah S.W.T: Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji- panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawa menemui nabi Ibrahim a.s kemudian nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mi'raj:Rasulullah saw. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini Baginda saw. bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peistiwa Isra'-Mi'raj yang amat ajaib itu

(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rajab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu a'lam.


~ Sekadar Berkongsi Ilmu ~
Kak Yus

Friday 15 June 2012

JEREBU OH JEREBU...


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia;

Pagi tadi tak terasa sangat bila keluar dari rumah.. tapi tengah hari tadi semasa hantar anak-anak ke sekolah terkesima sekejap melihat keadaan langit dan ruang udara di tempat Kak Yus ni.  Mendung tak seperti nak hujan, tapi matahari memang dah terlindung sepenuhnya.  Awan pun dah tak nampak bebayang.

Apa yang ada cuma kelam dalam debu2 putih yang semakin menebal.  Jerebu merata-rata.  Khabarnya, di Kelana Jaya juga begitu..kelam n gelap, sahabat di Cheras juga memaklumkan keadaan yang sama.  Bila buka Berita @ TV3 tadi, memang dah keluar pun tentang Jerebu ni dan Kelang score IPU yang tertinggi 140 bacaan.



Beginilah rupa ruang udara di tempat Kak Yus, had penglihatan Kak Yus rasa kurang 2km je kot.. mungkin kat sini belum masuk dalam kawasan kritikal/tinggi lagi tapi Kak Yus dah mula risau dengan tahap kesihatan anak-anak yang memungkinkan segala risiko.  Nak-naknya anak Kak Yus si Iman Yasmine tu pengidap asthmatic dan Adib Idham juga dah mula tunjukkan tanda-tanda sinus.  Bila keadaan macam ni, mulalah hati ibu ni tak tenteram.  Hendak dikurung anak-anak dalam rumah, nanti tak ke sekolah pula kan. Tapi kalau dah terpaksa, nampak gayanya macam tu lah kan.

Dalam dok BW tadi, Kak Yus terbaca ni:

Punca jerebu yang melanda ibukota mulai awal hari ini adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Kecamatan Kubu, Kabupaten Rokan Hilir , Propinsi Riau, Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan dan terletak 170km ke barat daya Kuala Lumpur.

Ditambah pula kebakaran hutan di Banting, maka semakin berlarutanlah masalah ini.  Pelik ye, maaf bukan nak bias, tapi kenapa selalu sangat berlaku kebakaran kat sana?  Sengaja dibakar utk Industri Pertanian atau memang musim kemarau dan terbakar?  Semuanya tak dapat Kak Yus ramalkan, nanti kalau keluar statement macam2, timbul pula isu fitnah kan.. Apa pun, harap keadaan kat sana kembali elok so tak adalah teruk sangat macam ni, hampir setiap tahun kan kita hadapi masalah yang sama...

So, malam ni Kak Yus kena fikirkan aktiviti apa ye hendak dilakukan dengan anak-anak esok dan lusa, memandangkan mereka akan berada di rumah sahaja nanti.  Rasanya mungkin akan memulakan operasi mengemas rumah, mengecat dinding rumah (yang sangat2 ditunggu oleh anak-anak) dan mungkin juga akan duduk2 depan TV dan layan movie sambil kunyah2 kudapan.. heh, budak2 ni kalau melayan movie memang angkut semua makanan bawa ke depan.

Apa pun, moga semuanya akan kembali seperti sedia kala dan moga anak-anak Kak Yus tidak akan demam lagi seperti cuti sekolah hari tu.  Moga sayang-sayang Kak Yus di luar sana juga ambil pendekatan berhati-hati ye .. dalam keadaan cuaca yang tidak sihat amat mudah untuk jatuh sakit.

Setakat ini sahajalah, panjang lebar jugak celoteh malam ni.  Salam sayang..

~ Sekadar Luahan Rasa ~
Kak Yus



Thursday 14 June 2012

Dinner @ Mamak..Roti Tisu Satu...!!

(gambar hiasan... sesi mengeteh)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Sabar jelah dengan tajuk n3 Kak Yus malam ni.. hehehe.. semalam lepas habis kelas teringin pula nak makan  nasi briani sebenarnya, so Kak Yus ajak en hasben pi makan kat Restoran Haniffa @ Medan Tuanku.  Tapi anak-anak plak tak nak, diorang nak makan roti canai je so en hasben Kak Yus pun ajak kitorang keluar makan kat gerai mamak yang terletak di hadapan kawasan rumah kitorang je.. ni kira first time lah dinner kat situ..

Sampai kat gerai mamak, nasib kitorang baik tak ramai pelanggan.. mungkin sebab mamak ni tak letak tv screen besar so tak delah pelanggan-pelanggan yang lepak sampai pagi dengan hanya order segelas teh tarik sambil layan bola kan.  Dan paling best, aman je suasana kitorang nak layan makanan.

Bila pekerja ambil order, tiba-tiba tekak ni terasa nak makan roti tisu, hmm.. Bella dan Iman pun join selera ibu diorang sama. Gerai mamak ni diorang masak roti canai ke, capati ke, tosei ke kat depan.. sama gak la dengan maggie goreng (Aysha pesan semalam..not bad at all)..semua masak kat depan so kitorang boleh nampaklah cara diorang masak dan tahap kebersihannya tu.  Kak Yus ni cerewet sikit tentang kedai makan ye.. kalau nak makan roti canai Kak Yus mesti intai-intai dulu kuku tukang tebar roti tu tau.. hehehee

Errr.. sayang-sayang Kak Yus pernah tengok ke rupa roti tisu ni... heheheheee.. sajalah kan buat-buat tanya.. ok.. macam ni rupa roti tisu tau..


Inilah roti tisu .. tapi yang ini versi ada susu meleleh tau.. inilah yang menjadi hidangan Kak Yus dan anak-anak malam semalam. (ini gambar hiasan je ye, semalam seronok sangat nak makan sampai tak ingat nak snap pic..hehehe)

Hokeh.. semasa mamak tu dok tebar hinggalah selesai Kak Yus memang tak alih pun pandangan dok peratikan cara dia buat roti tisu ni.. bukan sebab nak belajar ye.. mintak maaf.. memang Kak Yus bab masak-masak fail..hehehe.  Semangat nak tahu tu yang meluap-luap.. Kak Yus perasan mamak tu sapukan planta/margerin pada doh yang telah ditebar dan diletakkan atas kuali panas tu kan.. lepas tu gula pula ditabur .. patutlah manis bergulakan.  Bila dah siap dibentuk seperti kon, mamak tu pun hantarlah kat kitorang tapi Kak Yus request minta dia siramkan susu kat roti tisu tu.  Mula-mula Kak Yus perasan muka pelik mamak tu, agaknya dia tak pernah buat camtu kot.  Mungkin inilah first time customer dia minta roti tisu dengan susu.  Lepas tu minta pula kuah kari.  Hehehee...

Kalau tanya pasal keenakkan roti tisu ni..  part yang paling Kak Yus suka sebab ia nipis, manis dan garing.  But then, roti tisu yang paling sedap Kak Yus pernah makan @ Puncak Alam, semasa stay kat sana dulu.  Perghhh.. memang sedap.  Tapi kari ayam mamak semalam not bad at all.. sedap.

Hmmm.. ada yang dah terliur ke?  Hehehehe.. kalau berkenan nak rasa jomlah lepak-lepak kat rumah Kak Yus, boleh aje kita dinner ke, supper ke kat sana..

Orite.. takat ini jelah dulu, nanti kita cerita lagi..


~ Sekadar Luahan Rasa ~
Kak Yus



Wednesday 13 June 2012

Durian oh Durian!!

.......DURIAN OH DURIAN......


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Dah malam tapi masih ada mood nak menaip lagi.. tak pe lah kan, sela masa sambil-sambil menyiapkan n3 baru untuk Mengintai Bahagia (Acam & Dzil).  Malam ni tak nak ceritalah pasal manuskrip.. pening, huhu..

Malam ni nak cerita pasal durian.  Oh.. durian.. raja buah yang tak ada tandingannya, sesuailah dengan namanya tu.. Raja Buah.  Apa speselnya buah durian ni.. sama je macam buah lain cuma ia bermusim (tapi sekarang ni kan macam dah tak de musim, sepanjang tahun boleh jumpa kan..) dan ia berduri.. Mungkin rasanya yang sukar nak digambarkan.. ada orang yang memang gilakan durian, suka, minat dan ada juga yang tak suka.. tapi Kak Yus dan anak-anak memang penggemar durian no. 1.  Pantang jumpa tepi jalan, mesti nak turun beli.

Nak dijadikan cerita, selama cuti sekolah 2 minggu hari tu, anak-anak sibuk nak makan durian cos banyak betul orang berniaga durian di sekitar kawasan rumah ni.  Tapi malangnya, keinginan anak-anak tu tak dapat dipenuhi kerana seisi rumah demam selsema.. berlarutan sehingga dua minggu.  Sudahnya, durian tak dapat makan, jenjalan pun tak dapat.. terperuk jelah dalam rumah.

Hari ni, masa menyupir ambil anak-anak daripada sekolah tadi, on the way balik, ternampak orang jual durian kat tepi simpang masuk ke rumah, apa lagi anak-anak ni bising mulut masing-masing suruh ibu ni belikan mereka durian.  Sudahnya, beli jugalah.  Hmmm.. balik daripada Ko-kurikulum tadi, semua pakat mengadap durian tu.. adalah dalam 10 biji.. hehehe.. 2 biji je dapat hantar kat Maktok diorang (mak Kak Yus)..yang lain-lain tu diorang bantai dok mengadap.  Akhirnya..masing-masing dah tak larat, terpaksalah ibu diorang ni bukak dan masukkan ke dalam bekas.  Lepas ni simpan dalam peti ais.  Hmm, anak dara kecik Kak Yus si Aysha Safiyyah tu, pagi-pagi bangun tidur boleh bekfes dengan durian je tau.. jangan tak tau.

Hmm.. itulah cerita durian malam ni.. (sebenarnya teringin nampak posting Ateh Ain dlm FB..hehehe..).. esok try cerita lain lak ye..


Ini ajelah balance durian daripada 10 biji tadi ye.. ermm.. kalau tak de sesapa nak makan dah esok, cadang nak buat santan durian makan dengan pulut.. perghhhhh..jom..jom.. singgah rumah Kak Yus.


~Sekadar Luahan Rasa~
Kak Yus

Tuesday 12 June 2012

Father's Day .. 2012



Assalamualaikum dan selamat pagi sayang2 Kak Yus..

Dah dua tiga hari anak-anak dan Kak Yus juga dok terfikir, Father's Day tahun ni nak buat apa?
Hi-Tea??..alahai.. dah selalu celebrate macam tu kan..
Hadiah ?? Memang tiap-tiap tahun bagi hadiah pun.. tp masalahnya tahun ni tak tahu nak bagi hadiah apa..
Jenjalan ?? Memang every weekend kitorang pergi jenjalan..
Tengok Movie ??? .. every month pun gi tengok movie.. .. so.. pening2..

Lepas tu.. anak-anak suggest;

"Ibu, tahun ni ibu masak-masak ajelah .. kita celebrate kat rumah makan-makan".  Bila tanya menu apa ibu nak masak; suggestion :  Nasi tomato, ayam masak merah, acar timun , ulam tembikai, dessert-- fruit cocktail.. huh.. macam menu biasa je tu kan.. (alahai anak-anak Kak Yus ni sangat memahami yang ibu dewang ni tak terror sangat bab memasak... hahahhahaha)

TAPI KAN .. sebenarnya bukan apa yang kita buat untuk celebrate hari tu yang penting tapi bagaimana kita luahkan rasa kita kepada mereka yang tersayang .. ITU YANG PENTING.

SEBAGAI ANAK, ambil peluang ini untuk ucapkan rasa kasih sayang kita kepada mereka.  Yang dok jauh2 tu, balik jengok ibu bapa di kampung.  Kalau tak dapat balik (iyalah kan.. tuntutan hidup ni macam2) at least ambil masa 10 - 20 minit telefon mereka, ucapkan rasa kasih dan terima kasih kita atas jasa-jasa mereka.  Beruntungnya kita yang masih memiliki ibu bapa, betapa sedihnya mereka yang telah kehilangan salah seorang atau mungkin kedua-duanya.

Saat-saat begini, Kak Yus rindu pada arwah bapa mertua yang telah meninggalkan kami.  Mungkin pada mata kasar, en hasben Kak Yus nampak rileks, tapi di hati... saat-saat begini terasa kesedihan tu.  Bertuah Kak Yus masih memiliki kedua-duanya .. even tigalah termasuk en. hasben kan.. bapa juga tu..hahaha!!

Errrr... agak-agak apa hadiah nak bagi ye untuk en. hasben Kak Yus ni.. (opppsss.. budget ciput je ye..--tahun berjimat cermat..hahahaha ~`>> alasan orang kede')


OK.. and for my beloved husband, this cups of coffee is for you, creamy and thick..that's how our luv is all this while.. Thank you for being the best father and husband for our children and me.  May be I seldom say this, but you can see it through my eyes every minute.. I LOVE YOU SO MUCH!!!!



~ Sekadar Meluahkan Rasa ~
Kak Yus

Template by:

Free Blog Templates